Saturday 2 June 2012

Jom Tengok Transit Zuhrah 6 Jun 2012 ini!


“Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.”

(Surah An-Naĥl, ayat 12)

*Keratan Akbar


sekarang ni banyak kisah-kisah menarik yang keluar berita. aku tertarik dengan berita baru ni. Planet Zuhrah akan kelihatan dari Bumi. daripada berita di atas, di jangkakan kita boleh melihat peristiwa ni pada 6 Jun ini. jom lah tengok. ini lah kekuasaan Allah kan... hebat sungguh. SubhanAllah.

maka sempena peristiwa ini, sesiapa yang duduk berhampiran Kuala Lumpur, atau yang memang nak sangat tengok dengan jelas, Agensi Angkasa Nasional (Angkasa) akan menyediakan beberapa teleskop di Planetarium Negara di Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi hingga 1 petang. untunglah.

tapi pada siapa-siapa yang tak dapat ke sana, boleh juga tengok melalui laman Web Angkasa tapi tak live la kan. ape kata, selepas solat subuh tu, bawa lah keluarga atau kawan-kawan pergi lepak kat padang.. bawa spek mata hitam. insyaAllah nampak kot dari tempat anda. rugi siapa tak tengok. mana tak nya, kene tunggu lagi 105 tahun baru perkara ni terjadi lagi. kalau umur panjang pun, masa tu mata dah rabun, berdiri pun dah tak larat. hohoho.....


layan gambar ni jap. Cun Tak?




* yang titik hitam tu lah Zuhrah...

2 comments:

  1. untungla yang dkat KL tu.. nak jga tgok guna teleskop

    ReplyDelete