Sunday 10 June 2012

PENYIMPAN RAHSIA


Seperti biasa, kalau kerja aku dah selesai, aku suka buka ruangan berita online seperti KOSMO, Metro dan berita harian. Bukan apa, kadang-kadang aku lupa singgah kat kedai untuk beli surat kabar. Nasib baik ada surat kabar online ni, takda lah aku ketinggalan sangatkan.. masa godek-godek berita, tetiba aku nampak berita  Sam D’lloyd meninggal. Kenal ke dia ?.. aku tak kenal lah. Tapi pakcik aku suka lagu-lagunye. Biasa lah, name pun orang lama kan mestilah layan penyanyi-penyanyi lama juga.  Name betul sam D’lloyd ni adalah Syamsuar Hashim. D’lloyd tu nama kumpulan diorang. Kumpulan ni merupakan kumpulan dari Indonesia. Tu je lah yang aku tahu. Kalau nak tahu lebih. Baca SINI


....Al-Fatihah buat arwah...

Dari dalam berita tu, ada tertulis arwah meninggal sebab sakit kanser paru-paru. Tapi peminat dan kawan-kawan nya tak ramai yang tahu sebab arwah rahsiakan penyakitnya. Walaupun kanser yang arwah hadapi dah tahap peringkat series, tapi arwah sentiasa tersenyum sampai orang tak perasan yang arwah ni tanggung sakit yang berat. Emmm tetiba aku teringat kisah arwah sahabat aku.
Lima tahun aku simpan rahsia seorang sahabat yang sakit jantung sebab tak nak mak ayah nya sedih. Semasa kami tahun1 kat universiti, sahabat aku tu tetiba sakit. Masa tu kami jauh dari keluarga. Jadi aku lah yang jadi “Brother” dia masa tu. Aku bawa dia pergi hospital. Tapi dia tak bagi aku masuk sekali dalam bilik doktor tu. Lepas keluar dari bilik doktor tu muke dia pucat je dan sepanjang jalan nak balik tu dia diam je. Aku pun malas nak kacau walau dalam hati berkobar-kobar nak tahu doktor cakap apa.
Sampai kat bilik hostel, dia terus baring. Aku pun tanya lah macam-macam tapi satu apa tak jawab. Senang cerita aku rampas beg dia. Aku tengok ubat dan kad kuning yang doktor bagi. Dengup jantung aku kuat sangat selepas baca apa yang tertulis kat dalam kad rawatan tu. Patut lah selama ni aku nampak dia makan apo-ticlopidine. Aku suruh dia bangun tengok aku. Dia tengok aku dengan muka takda perasaan langsung. Padahal jantung aku ni dah nak meletup. Tak pasal-pasal aku pula yang sakit jantung. Aku tanya dia, kenapa tak bagitau aku?, dia diam je lepas tu bagi senyuman sengal dia tu. Geram aku. Aku terus ambil telefon, nak telefon mak dia. Tapi cepat-cepat dia halang. Dia kata, aahh.. ni lah sebabnya aku tak nak bagitau kau.. kalau rasa-rasa nak tengok telefon tu patah dua, telefon lah. Aku pun tak jadi telefon, bukan sebab sayang telefon tu, tapi aku takut ada yang biru muka kalau telefon tu patah. Sama-sama panas baran.
Sejak dari tu, kalau kami latihan taekwan-do, aku selalu biar aku kena belasah. Aku tak sampai hati belasah dia balik. Kami kawan buka sekejap, tapi sejak darjah 2 kot. Umur masa tu baru 8 tahun. Masa aku tahu penyakitnya aku dah 18 tahun. Maknanya dah 10 tahun kali kawan masa tu. Sepanjang tiga belajar sama-sama, aku tengok dia kuat je. Happy memanjang... sampai takda sorang pun kawan-kawan kami yang tahu dia sakit. Allah, doktor, aku dan dia je tahu yang dia tu sakit. Sakit-sakit dia tu aku rasa aku pun sakit sama sebab kena tahan je perasaan nak gitau mak ayahnya. Aku ingat lagi sebelum kami jalan ke universiti. Mak dia pesan. “Mer!, jaga Ari ye, Ari pun jaga Amer jugak”. Kena saling jaga menjaga lah kiranya kami ni.
Habis diploma, kami sambung ijazah. Tapi kami dapat lain-lain universiti. Mungkin sebab bidang yang kami minat pun dah berbeza jadi tak dapatlah sama-sama lagi. Walaupun tak sama-sama lagi, aku tetap hubungi dia hari-hari. Sampai kadang-kadang tu, dia saja off fon. Tak dapat hubungi dia kat telefon, aku kacau kat FB. Sampai dia Block aku. Tapi kejap je block. Besok-besok unblock balik. Kawan... camna pun ok balik. Pembetulan, kami bukan hanya kawan. Tapi kami “adik beradik”.
Selepas habis ijazah, dia terus kerja kat Sabah. Aku pula balik Johor dan kerja kat sini. Aku kerja sambil belajar. Aku sambung master sebab aku nak jadi pensyarah.  Jauh mana pun jarak kami, kami tak pernah rasa pun yang kami jauh. Mana tak nya, hari-hari berperang. Kadang-kadang usik dia kat chatroom. Dia selalu “lepak” kat sane.  Ramai lah kawan-kawan yang dia dapat kat dalam tu. Nama pula pelik-pelik, UntaPasir lah, BungaCantik lah, IkanKering pun jadi kawan dia.
Semuanya tetap terkawal sehingga umur kami 23 tahun. Hampir nak 24 tahun la tapi belum sampai lagi. Bagaimana dia bertahan selama 5 tahun ni?. Dia makan ubat lah, senaman, jaga solat dan paling penting dia selalu happy. Sebab tu kot dia baik je. Dia ada keazaman yang tinggi untuk bertahan walaupun sebenarnya dia cukup rasa kesakitan tu. Kadang-kadang dia mengadu tak dapat tidur lena sebab sakit bila bernafas. Apa yang aku dapat buat? Aku mampu dengar je. Yang tanggung tu dia seorang. Aku selalu doa agar Allah kurangkan sakit yang di tanggung.
Sebulan lebih yang lepas, dia dah meninggal dunia. Ajal dah tiba kan... nak buat macam mana. Walaupun banyak lagi plan aku dan dia nak buat sama-sama. Mungkin sebab masalah yang dia alami buat dia lupa makan ubat sebab tu sakitnya makin teruk sehingga  dia meninggal dunia. Tapi sakit tu hanya menjadi sebab kan. Kalau dah ajal, tak sakit pun boleh meninggal. Ajal maut di tangan Allah. Kematian itu kan pasti. Sedap-sedapkan hati sendiri...




Kali ni pula...



Mungkin selepas ni aku kena jadi penyimpan rahsia lagi.. sebab seorang lagi sahabat aku sakit. Muka memang happy memanjang . Tapi hanya Tuhan yang tahu sakit yang di tanggung. Aku harap sahabat aku yang satu ni jaga kesihatan dia baik-baik. Bezanya kawan aku ni anak yatim, dia pun tak rapat dengan ayahnya sebab ayahnya sibuk memanjang. Jadi dia kata dia lagi selesa kongsi dengan aku. Aku doa kan kau cepat sembuh sahabat!

AMIN

3 comments:

  1. tak tahu nak cakap ap.. hnya d0a dri jauh y mmpu. (aq mgerti).

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat saudara penulis atas kehilangan sahabat tercinta. Semoga rohnya sentiasa dicucri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Al- fatihah.. awak sememangnya seorang sahabat yg sangat baik. Arwah tentunya bahagia kerana mendapat seorang sahabat sebaik awak. Be strong and always pray to Allah :')

    ReplyDelete