Friday 22 June 2012

Bicara Zina



"Di tulis bagi setiap anak Adam bahagiannya daripada Zina. Ia pasti melakukannya tanpa dapat mengelakkan. Zina mata adalah disebabkan pandangan. Zina lisan disebabkan berbicara, zina telinga disebabkan mendengar, zina tangan disebabkan menggunakannya, zina kaki apabila ia melangkah ke (arah kemaksiatan), jiwa berharap dan berhasrat, mala malulah yang membenarkannya atau mendustakan".




Bila aku baca hadith Rasullullah di atas telah menimbulkan rasa gerun dalam hatiku. Memang benar apa yang Baginda katakan. Dalam islam, umatnya dilarang bercinta sebelum berkahwin, kerana memang benar dan tepat sekali ia mengundang zina. Tapi harus diingat, islam menggalakkan kita melihat pasangan kita terlebih dahulu sebelum bernikah. Melihat maksudnya berkenalan serba sedikit tentang perkara-perkara penting. jangan renung lama-lama tau!

Orang sering mengatakan, mereka telah menjaga batasan dan mereka selalu mentafsirkan mereka bercinta dengan cara islam padahal bercinta dalam islam itu hanya wujud selepas akad. Batas apakah yang mereka maksudkan telah mereka jaga?. Zina itu bukan hanya wujud sekiranya kita keluar berdua, bahkan berbual di telefon atas sekadar berSMS juga mampu mendekatkan kita kepada zina. Tidak keluar berdua tidak mampu menjadi alasan untuk kita mengatakan kita telah menjaga batasan.

Allah tidak melarang kita berzina. Dia cuma melarang kita mendekati zina. Kerana jika kita telah berzina, apa lagi yang mampu kita lakukan? sekiraya timbul rasa ingin bertaubat tidak mengapa, namun sekiranya penyesalan yang dibuat hanya beberapa minit dan kemudian kita buat lagi, adakah penyesalan kita itu mampu di kategorikan sebagai taubat?. "Dan sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk!".

Ramai juga yang berpendapat zina itu apabila melakukan hubungan badan luar nikah. Namun, sebenarnya zina itu adalah lebih kepada jika kita bernafsu terhadap sesuatu dalam apa cara sekalipun, sama ada ketika kita berbual, melihat, berSMS, Chatting atau apapun maka sebenarnya kita telah berzina. berbual atas perkara-perkara yang tidak mengundang nafsu atau tidak meraih nafsu itu tidak mengapa kerana islam menggalakkan kita mengeratkan silaturrahim antara saudara (seagama), jadi kita kena tahu membezakan mana yang sepatutnya kita lakukan atau pun tidak.

Apa yang penting, berusaha untuk menjaga batasan antara lelaki dan perempuan. InsyaAllah kita terhindar dari melakukan sesuatu yang amat di keji oleh Allah.

No comments:

Post a Comment