Sunday 10 June 2012

ATIQAH DAN TAJWID


Beberapa hari yang lepas, aku dengan adik angkat aku berbicang mengenai tajwid. Soal punya soal, aku dapati adik aku dah banyak lupa pasal hukum tajwid ni. Sedikit hampa kerana kelekaan adik aku tu. Atas sebab itu, aku bagi dia satu tugasan iaitu mengesan hukum tajwid yang terdapat pada namanya. Aku dapat idea tu sebab dia bising kata tak suka kawan dia sebut namanya tak betul. Dia nak kawan dia sebut namanya macam cara ustaz dia sebut. Seseorang yang biasa pada ayat Al-Quran sememang telah biasa dengan sebutan yang betul. Ini kerana, sebutan yang salah mampu menyebabkan maksudnya berubah. Sebab tu, semasa kita membaca Al-Quran, kita tak bolehlah main asal sebut je. Nanti maksudnya lari. Bila maksudnya telah berubah, maka hukumnya dari seronok-seronok dapat pahala dah dapat dosa. Okey adik!. Seperti yang abang janjikan, abang akan huraikan apakah hukum tajwid yang terdapat pada nama adik. Mungkin penerangan abang ni tak lah lengkap sangat sebab abang pun bukan pandai sangat. Kalau salah adik betulkan. Kalau kurang, adik tambahkan. Sedikit ilmu yang abang ada ni abang nak kongsi kat adik. InsyaAllah.Sebelum tu, abang nak kongsi sedikit mengenai hukum tajwid.


Apakah yang di maksudkan dengan hukum tajwid?
Dari segi bahasa, tajwid bermaksud memperelokkan sesuatu. Manakala menurut istilah ilmu tajwid bermaksud melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya. Hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah manakala hukum mengamalkannya adalah fardhu ain. Maknanya, wajib bagi kita untuk mempelajari dan mengamalkan hukum tajwid. Fokus hukum tajwid ni adalah pada ayat-ayat Al-Quran. 

Macam dari surah Al-Muzammil ayat 4 tu yang bermaksud : bacalah Al-Quran itu dengan tartil”. Nabi pun ada kata “ sesungguhnya Allah menyukai hambaNya membaca Al-Quran secara tepat sebagaimana ia di turunkan”. Ingat tu! Mesti tartil dan tepat. Tartil tu maksudnya perlahan dan tenang.
Abang bagi adik masa yang lama untuk selesaikan tugas yang abang beri. Mula-mula tu abang saja sebut pasal Qalqalah. Tujuan abang supaya adik ada idea pasal tajwid. Tapi ada tak kaitan nama adik dengan Qalqalah?.

Merujuk gambar di bawah.
*pinjam yang adik tulis.

Abang saja suruh adik tulis nama adik dalam jawi supaya lagi jelas dan nyata untuk adik huraikan. Kalau setakat tulis nama ATIQAH saja, tak nampak apa pun. Melainkan Atiqah semata-mata. Atiqah bermaksud yang mulia atau yang dipilih. Kalau kita sebut qah tu tak berapa jelas, jadi ka atau qa, lepas macam tu je, dia kan berubah maksud kepada yang bersih. Nasib baik maksudnya masih bagus. Cuba kalau nama yang kalau sebut lain boleh jadi maksud lain. Contoh nama Wati. Kalau kita guna huruf tho, sebutannya jadi wathi maksudnya penzina. Kalau guna ta tak bawa maksud apa-apa. Cuma melambangkan pemilik nama tu perempuan. Macam olaragawati, sukarelawati dan lain-lain wati lah. Jangan main sedap sebut je!. Mak dia bagi nama wati, nak glamor sikit buh name wathi. Hairan pak arab. Tak pasal-pasal kena baling batu. –terbebel sebentar.

Balik kepada nama adik tadi. Atiqah. Orang yang dipilih, memang dipilih sangat oleh abang jawab soalan abang. Tapi malangnya adik bagi jawapan yang tidak memenuhi jawapan yang abang nak. Hampeh!. Terus tak nak pilih.

Last jawapan adik, jawapan yang agak menyerah dah macam ayam yang angkat bendera putih (cube bayangkan) tu adalah... “nama adik tiada kaitan dengan tajwid”. Abang kata, bijaknya adik abang ni. Ya bijak-bijak. Kalau kita tulis Atiqah je, maknanya takda lah kaitan dengan tajwid sebab huruf rumi ni tak sama dengan huruf jawi. Tak da pun kalau kita sebut nama Atiqah, maksudnya berubah menjadi ayam. Kita sebut Atiqah ke, Atiqa ke atau Atika maksudnya tetap apa yang kita sebut tu. maka betullah jawapan adik tu kalau adik kata Atiqah tu tidak ada kaitan dengan tajwid. Betul ke tu?. tu betul lah kalau yang jawab tu budak tadika.







<--- Contoh budak tadika dan ayam goreng






Adik nak sebutan adik tepatkan? Macam ustaz adik sebut tu. sedap je di dengar, maksudnya juga jelas. Maka bila adik nak nama adik di sebut dengan jelas dan tepat, maka adalah kaitan nama adik dengan tajwid. Perlu diingat! Hukum tajwid ni luas!. Abang percaya adik terlepas pandang pada maksud tajwid itu sendiri. Sila baca balik kat atas!.
“melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya dan sifat mendatangnya. Fokus tajwid pula pada ayat-ayat Al-Quran”.

Memanglah nama adik bukan ayat Al-Quran. Tapi kalau nak sebutan tepat, kena ikut bunyi huruf-huruf Al-Quran tu. kalau nak cerita pasal hukum tajwid kat nama adik memang takda kaitan. Dengan nama abang pun tak da. Sebab tu bukan ayat Al-Quran. Tapi satu perkara yang paling penting dalam tajwid ada pada setiap nama. Hukum yang berkaitan dengan sifat huruf. Dalam ilmu tajwid, sifat huruf bermaksud menjelaskan perihal sesuatu huruf. Sifat huruf ada dua, iaitu Lazimah dan ‘Aridhah.
Sifat Lazimah ni ialah ciri kekal yang pasti ada pada setiap sebutan huruf dalam semua keadaannya walaupun berbaris atau sukun. Sifat ‘Aridhah pula ciri yang berubah-ubah bagi sesuatu huruf contohnya ada kalanya huruf itu di sebut secara tafkhim (tebal), tarqiq (tipis), Ghunnah Izhar, idgham atau Ikhfa’ dan mungkin juga panjang atau pendek atau lain-lain sebutan lagi lah.
Oleh kerana sebutan dari huruf-hurup nama adik ni bersifar Lazimah sebab semua ciri-ciri huruf tu kekal, maka abang nak sentuh bab Lazimah je lah untuk bebelan abang kali ni. Tapi kalau rasa-rasa adik nak sebut nama adik aaaatiqaaaahhh... panjang semacam dan ada pula pendeknya dan penekanannya jadi pilih la ‘Aridhah. Tapi rasa abang, kalau sengal je lah sebut nama macam tu kan?.
Lazimah ni ada 20 ciri-ciri dan 2 sifat utama. Sifat-sifat tu adalah sifat berlawanan berpasangan dan sifat tunggal. 11 daripada ciri-ciri dalam lazimah ni bersifar berpasangan dan selebihnya bersifat tunggal.
Ciri-ciri berpasangan ada 11.
1.  Hams  2.  Jahr  3. Syiddah  4. Tawassut 5. Rakhawah
6. Isti’la  7. Istifal  8. Itbaq  9. Infitah  10. Izlaq  11. Ismat

Ciri-ciri tunggal
1. Qalqolah  2. Sofir   3. Tafasysyi   4. Istitolah
5. Inhiraf   6. Takrir   7. Lin   8. Ghunnah   9. Khafa’

 
Nama adik ada 4 huruf kan  , , ,
*berdasarkan yang adik tulis tu lah ye. Abang tak sentuh NUR, abang cuma sentuh ATIQAH je.

Kalau hurai semua panjang pula. Jadi abang ambil mudah terus, huruf-huruf nama adik memenuhi ciri-ciri sifat berpasangan. Iaitu Hams yang berpasangan dengan Jahr. Huruf-huruf yang abang warnakan merah tu bersifat Jahr. Manakala yang warna hitam bersifat Hams. Jahr bermaksud sebutan yang nyata dan terang. Dari segi tajwid, kita akan sebut huruf-huruf ni seperti tertahan nafas kerana kuatnya tautan untuk menyebut huruf tersebut. Hams pula bermaksud senyap dan tersembunyi. Dari segi tajwid kita akan sebut huruf-huruf tersebut dengan lepaskan nafas sebab tautan huruf-huruf ni lemah.

Dapat dah jawapan.

Sebab tu ustaz adik sebut a (agak tertahan dan jelas je sebab jahr) kemudian ti (lepas je nafas tu sebab hams) dan qa ( agak jelas dan tertahan sebab jahr) kemudian ada h (lepas je dengan senyap dan tersembunyi sebab hams).

Sila baca seterusnya mengenai SIFAT HURUF dalam tajwid ok!.

Agak-agak jawapan abang ni dapat berapa markah?. Kalau abang ustaz, abang bagi 65% je. Boleh la dapat B.





7 comments:

  1. heheheheee.. terima kasih abg mer, faham3, tapi tak pnah lg dgr pasal lazimah dan 'aridhah.. t adik try tgk smula insyaAllah. merah muka tgk tulisan ats tuh, knp letak?? ap2 pun alhamdulillah, dapat ilmu baru.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan yang cantik, buat ape nak merah muke. pink sudahlah =P

      Delete
    2. mengade-ngade je tu... haha

      Delete
  2. kalau untapasir agak masuk kategori mane?

    ReplyDelete
  3. Ammeer Farih Hendra Hamzah = Rusdi Rusli
    Am I rite or wrong?
    Confuse

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah syukur dapat tau tajwid dlm nama sy sdri.. thanks atas pencerahan..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Maaf keliru. Jadi ejaan nama Atiqah dalam jawi. Sebenarnya macam mana ya?

    ReplyDelete