Friday 8 June 2012

MEMAHAMI DEFINISI DAN ASAS KEKELUARGAAN



Definisi Keluarga
Menurut Depker RI (1998), keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa ahli keluarga yang lain serta tinggal di dalam satu bumbung dan saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Helvie (1981) pula mengatakan, keluarga merupakan sekolompok manusia yag tinggal dalam satu rumah tangga serta mempunyai hubungan yang konsisten dan erat. Keluarga juga didefinisikan sebagai anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui adaptasi pertalian darah atau perkahwinan (Who, 1969).
Dari sudut pandangan islam pula, definisi keluarga adalah terlalu luas dan bersifat majmuk. Ini bermaksud sesebuah keluarga bukan sahaja terdiri daripada ayah ibu dan anak-anak tetapi juga merangkumi datuk, nenek, adik beradik dan saudara mara yang lain. Bahkan, keluarga juga bersifat majmuk kerana bukan sahaja terdiri dari satu bumbung tetapi mungkin lebih kerana islam membenarkan poligami sekiranya mampu. Selain itu, dari semasa ke semasa, sesebuah keluarga mungkin akan tinggal berasingan atau terpisah akibat membina satu keluarga kecil yang baru. Dalam banyak hal, ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala ( Mahmood, 1997).
Melalui dua pandangan ini iaitu pandangan barat dan islam, dapat disimpulkan bahawa keluarga ini terlahir daripada sebuah perkahwinan. Ikatan perkahwinan ini lah yang mencipta sebuah perasaan kasih sayang dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain.

Allah SWT berfirman dan surah An-Nisa (ayat 1) yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan daripada Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu”.

Asas Kekeluargaan
Asas bahan dalam membina sesebuah bangunan akan memberi pengaruh yang besar kepada kekuatan dan keutuhan sesebuah bangunan tersebut. Ini sama seperti kita membina sesebuah keluarga. Asas untuk membina keluarga perlu di ambil berat dan dipastikan cukup sekatannya sebelum membina sebuah keluarga. Apakah asas penting dalam membina sebuah keluarga?. Islam telah menegaskan bahawa asas untuk membina keluarga adalah Ikatan Perkahwinan. Peganglah pada islam, pasti akan bertemu kebahagian. Kalau pun kita bukan seorang islam, namun jika kita berpegang pada agama, pasti kita tahu, keluarga itu lahir dari perkahwinan. Tidak ada satu agama ini yang membenarkan umatnya berzina sehingga melahirkan zuriat yang tidak sah tarafnya. Subhanalllah!.

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud :
kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layaj berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan Mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha mengetahui”.

Kemudian Allah menambah lagi dalam ayat seterusnya (an-Nur :33).
dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya”.

Ayat ini jelas menunjukkan, jika kita ada niat untuk berkahwin, Allah akan bantu kita dengan kurnia-Nya. Allah tidaklah memberikan kekayaan yang jelas pada kita. Seperti tiba-tiba hujan emas atau tiba-tiba ada duit sejuta dalam rumah. Namun jika kita sedar, sekiranya kita ingin berkahwin, rezeki kita lebih murah. Bahkan Allah menanam sifat berjimat cermat dalam diri kita supaya kita dapat kumpul duit dengan cepat. Allah Maha bijaksana, dia memudahkan urusan kita disambing menyuruh kita berusaha. Bagi yang lelaki telah berkahwin pasti akan perasan satu hal ini. Dulu semasa diorang bujang, pinggan dan gelas kat rumah ada sebiji saja. Paling banyak pun 3 biji sebab nak hidang pada kawan-kawan yang datang “melepak”. Makan pun kadang-kadang mee segera atau sardin. Duit pula selalu rasa tak cukup. Sehingga nak menyimpan RM10 sebulan dalam bank pun rasa tidak mampu.
Cuba tengok,  selepas berkahwin. Kita masih kerja di tempat yang sama. Gaji pun macam tu juga, Cuma naik lah sikit. Tapi apa yang menghairan, kita mampu sara seorang isteri. Kita mampu sara seorang anak atau lebih. Makan pula dah upgrade atas meja ada macam-macam lauk. Pinggan mangkuk dan gelas pun dah penuh kat dapur. Siap boleh buat pameran kat almari ruang tamu lagi. Dari mana kita dapat semua tu?. Allah telah memberi kita kekayaan dalam keadaan kita tidak nampak namun kita boleh merasainya. Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Setiap yang anak mempunyai rezekinya sendiri.


No comments:

Post a Comment