Wednesday 6 June 2012

Hukum Memotong Kuku dan Rambut Ketika Haid

Tadi seorang adik bertanyakan soal hukum memotong kuku ketika ABC (Allah Bagi Cuti), aku pun baru saja tahu pasal istilah tu. Selama ni aku ingat ABC tu untuk ais batu campur je. Sedap nye kalau ada ABC masa-masa panas macam ni kan...
Bila masa Allah bagi cuti ?. beribadah ni tak da waktu cutinya. Cuma bagi kaum hawa, tiap-tiap bulan 3-15 hari Allah akan bagi dioarang rehat. Iaitu masa ‘Haid’. Kalau masa haid tu lebih dari 15 hari, tu bukan di kira sebagai darah haid dah. Tu di kira darah penyakit (Istihadah).  Dalam tempoh ABC tu, Tak payah solat, puasa, atau yang dah kahwin tu, tak payah ‘OT’ dengan suami. Seronok tak seronok..?.  Memang seronok lah kan. Tu lah tanda Allah sayang kat perempuan ni. Dia tahu perempuan ni, siang kerja kat tempat kerja (wanita berkerjaya), atau buat kerja kat rumah, malam pulak balik rumah, suami request macam-macam. Nak murtabak lah, mee goreng mamak lah, kopi’0’ kurang manis lah, macam-macamlah suami request. Tu belum masuk OT dalam “bilik” lagi. Nak minta urut lah.. nak minta cabut bulu ketiak lah (mengade), nak macam-macam lah..
 
.........tulis macam pengalaman luas je kan..?

 Padahal bujang semata-mata.. buat masa ni bujang lah. Tak kan nak bujang sampai tua kan. Sekurang-kurang kita kena memahami kaum hawa ni. Supaya bila kita kahwin nanti, kita tahu isteri kita ni penat. Tu baru layan kita (suami) seorang. Kalau ada anak-anak lagi? Dapat-dapat pula 12 orang. Memang penat lah dia. Basuh baju, masak dan mengemas tu memang dah tugas harian lah kan.

       Berbalik kepada topik tadi. Hukum memotong kuku semasa ABC. Aku kalau cerita pasal hukum ni seram sikit. Kena hati-hati. Ilmu cetek lah katakan. Untuk tu aku buat beberapa rujukan. Rujukan yang paling bernas adalah Al-Quran dan Hadith.

      Sebelum cerita pasal hukum ni, kita kena tahu, apakah larangan-larangan ketika seseorang perempuan itu dalam waktu haid?

Daripada kitab Hidayatu Subiyan (di tashihkan oleh ulama Muhammad Yusof bin Ahmad atau Tok Kenali dan beberapa orang ulama muktabar), antara perkara yang di larang ketika Haid adalah

v  Mengerjakan solat fardhu atau sunat
v  Puasa fardhu atau sunat
v  Sujut tilawah atau sujud syukur.
v  Tawaf fardhu atau sunat
v  Membaca Al-Quran atau menyentuhnya
v  Memasuki masjid.
v  dilarang menceraikan isteri ketika haid.
v  Bersetubuh dengan suaminya dan dilarang bersuka-suka di antara pusat hingga lutut.

Bila aku teliti larang-larangan tu, tak pula aku jumpa di larang potong rambut atau kuku masa haid. jom kaji lagi..

Larangan 1 = SOLAT
Dari Aisyah ra berkata, Fatimah binti Abi Hubaisy mendapat darah istihadha, maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya, Darah haidh itu berwarna hitam dan dikenali. Bila yang yang keluar seperti itu, janganlah solat. Bila sudah selesai, maka berwudhu’lah dan lakukan solat. .
Dari Aisyah ra. berkata, Di zaman Rasulullah SAW dahulu kami mendapat haid, lalu kami diperintahkan untuk mengqada` puasa dan tidak diperintah untuk mengqada` salat. .
`Dari Fatimah binti Abi Khubaisy bahwa Rasulullah SAW bersabda, Bila kamu mendapatkan haid maka tinggalkan solat.

Larangan 2 = BERWUDU` ATAU MANDI WAJIB
As Syafi`iyah dan al-Hanabilah mengatakan bahwa `wanita yang sedang mendapatkan haid diharamkan berwudu`dan mandi janabah. Maksudnya adalah bahwa seorang yang sedang mendapatkan haidh dan darah masih mengalir, lalu berniat untuk bersuci dari hadats besarnya itu dengan cara berwudhu’ atau mandi janabah, seolah-olah darah haidhnya sudah selesai, padahal belum selesai.
Sedangkan mandi biasa dalam arti membersihkan diri dari kuman, dengan menggunakan sabun, shampu dan lainnya, tanpa berniat bersuci dari hadas besar, bukan merupakan larangan.

Larangan 3= PUASA
Dari Abi Said Al-Khudhri ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, Bukankah bila wanita mendapat haid, dia tidak boleh shalat dan puasa?

Larangan 4 = TAWAF
Dari Aisyah ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, Bila kamu mendapat haid, lakukan semua langkah ibadah haji kecuali bertawaf di sekeliling ka`bah hingga kamu suci.

Larangan 5 = Menyentuh Alquran dan Membawanya
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran Al-Kariem tentang menyentuh Al-Quran:
Yang bermaksud : Dan tidak menyentuhnya kecuali orang yang suci
Jumhur Ulama sepakat bahwa orang yang berhadats besar termasuk juga orang yang haidh dilarang menyentuh mushaf Al-Quran

Larangan 6 = MEMBACA AYAT-AYAT AL-QURAN
Kecuali dalam hati atau doa/zikir yang lafaznya diambil dari ayat Al-Quran secara tidak langsung.
`Rasulullah SAW tidak terhalang dari membaca Al-Quran kecuali dalam keadaan junub` (tidak bersih).
Namun ada pula pendapat yang membolehkan wanita haidh membaca Al-Quran dengan catatan tidak menyentuh mushaf dan takut lupa akan hafalannya bila masa haidhnya terlalu lama. Juga dalam membacanya tidak terlalu banyak.
Pendapat ini adalah pendapat Malik. Demikian disebutkan dalam Bidayatul Mujtahid jilid 1 hal 133.

Larangan 7 = MASUK KE MASJID
Dari Aisyah RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, Tidak ku halalkan masjid bagi orang yang junub dan haid.

Larangan 8 = BERSETUBUH
Wanita yang sedang mendapat haid haram bersetubuh dengan suaminya. Keharamannya ditetapkan oleh Al-Quran Al-Kariem yang bermaksud :
Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: `Haidh itu adalah suatu kotoran`. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.
Yang dimaksud dengan menjauhi mereka adalah tidak menyetubuhinya.
Sedangkan al-Hanabilah membolehkan mencumbu wanita yang sedang haid pada bahagian tubuh selain antara pusat dan lutut atau selama tidak terjadi persetubuhan.
Hal itu didasari oleh sabda Rasulullah SAW ketika beliau ditanya tentang hukum mencumbui wanita yang sedang haid maka beliau menjawab:
`Dari Anas ra. bahwa orang Yahudi bisa para wanita mereka mendapat haidh, tidak memberikan makanan. Rasulullah SAW bersabda, Lakukan segala yang kau mahu kecuali hubungan badan.
Dari Aisyah ra berkata, Rasulullah SAW memerintahkan aku untuk memakai sarung, beliau mencumbuku sedangkan aku dalam keadaan datang haidh.
Di dalam al-Baqarah ayat 222 itu Allah menyebutkan bahwa wanita haid itu haram disetubuhi sampai mereka menjadi suci dan menjadi suci itu bukan sekadar berhentinya darah namun harus dengan mandi janabah, itu adalah pendapat al-Malikiyah dan as Syafi`iyah serta al-Hanafiyah.

Jelas kepada kita bahawa tidak ada larangan memotong kuku atau rambut ketika junub (tidak bersih). Jadi apakah hukum nya memotong kuku atau rambut ketika haid?. Kalau tidak di larang. Maknanya tidaklah Haram. Kalau tak haram apa?, sunat? Makruh? Harus?.

Jom kaji lagi..

Di riwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud melalui Ali bin Abi Talib yang menyatakan, “Sesiapa yang mengabaikan satu bahagian dari tempat tumbuhnya rambut ketika mandi junub sehingga tidak terkena air, maka Allah akan memperlakukan begini dan begini di neraka.” 

Disebutkan di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .

Bagi kedua-dua hadith di atas, sepertinya perbuatan memotong kuku dan rambut ketika junub tu di larang. Namun, menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi, professor Shari`ah di Univ. Kaherah tidak ada dahlil-dahlil yang menyokong hujah tersebut. Melainkan hadith tersebut lahir dari pemikiran logik akal.

Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi.

Kesimpulannya, potong kuku dan rambut ni tak haram dan tak di larang. Cuma sebaiknya kita menjaga kebersihan. Sebagai menghormati sesuatu daripada kita, maka kita buang pada tempat yang selayaknya. Rambut dan kuku ni bukan najis. Maka tempatnya juga seharusnya bukan pada yang kotor. Walaupun tak di larang potong ketika dalam junub, tapi sebaiknya uruskanlah ia sebaik mungkin tanam kat pasu bunga ke, atau simpan buat kenangan ke, buat hadiah ke ( cadangan adik tiqah), suka hati lah. Kalau rajin, basuh sama2 masa mandi wajib tu. Kalau rajin lah. Sebab bukan wajib buat pun kan. Kalau malas, bungkus elok2, tanam kat tanah. Kot2 jadi emas kan. Hehe....
Sekian... harap ilmu ini bermanfaat. Kalau ada salah silap. Tolonglah tegur.





Mitos orang2 tua

Kalau masa haid, simpan kuku dan rambut yang gugur. Bawa mandi sama nanti. Alasannya mudah je. Sebab dulu-dulukan atau mungkin masih ada zaman sekarang ni, asal benci kkat orang je terus santau. Asal suke anak dara orang je, terus pukau. Macam-macam lah. Maka, cara paling senang orang nak kenakan kita adalah bila dia ada ‘sesuatu’ yang dari kita. Semasa haid pula, masa tu kita benar-benar lemah. Dah lah dengan senggugut lagi, tak boleh solat, x boleh pegang Quran. Memang sah2 lah lemah kan. Senang-senanglah jin dan syaitan dan masuk dalam kita. Aahhh.... 

‘JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DI SELUBUNGI DENGAN MISTIK!’’



Sumber :
v  Al-Quran dan Hadith
v  Kitab Hidayatu Subiyan
v  Halaqah


31 comments:

  1. Elok juga info begini dikongsikan.. untuk pengetahuan semua sama ada perempuan atau lelaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro.. tambah2 kita yg lelaki ni. senang jawab kalau anak tanya.

      Delete
  2. perkongsian ilmu yg baik

    ReplyDelete
  3. mohon utk share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bermanfaat, x salah kita share2 kan.. silakan :)

      Delete
  4. alhamdulillah sgt bermanfaat utk wanita spt sy... ingtkan haram hukumnya.. erm mohon admin singgh r blog sy n komen r pape yg ptut sbb blog sy tu blog bru so xrmai pgunjung. smoga bmnfaat inshaa allah.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. sama2 kita menyebarkan dakwah ye :) insyaAllah saya datang melawat blog awak

      Delete
  5. asalam admin saya nk tnya.....betol ke wuduk kita batal jika kita menyentuh rambut gugur?,,,sebab rambut gugur dikira bangkai....serious tak pernh dgr waalahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..lgpun dh terbiasa ambik wudu'...mcmma ya?

      Delete
    2. saya minta maaf ye atikah dan mawar. saya baru saja buka blog setelah setahun merantau. bila berckp tentang batal atau tidak sesuatu perkara tu seperti wuduk, kita kena rujuk apa perkara yang membatalkan wuduk. antaranya seperti berikut :-

      1. Kentut & Qadha’ Hajat
      2. Keluar air mazi.
      3. Keluar al-Wadi
      4. Keluar air mani
      5. Sesuatu yang keluar secara berterusan seperti darah istihadhah dan sebagainya.
      6. Tidak perlu berwudhu' apabila waswas.
      7. Tidur atau Tidak Tetap Punggung
      8. Menyentuh Wanita Ajnabi atau bukan muhrim
      9. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan
      10. Makan daging unta.
      11. Hilang akal kerana gila, pengsan dan sebagainya yang melibatkan kewarasan.

      Jadi bila kita lihat pada senarai tu kan, kita bandingkan, ada tak pasal sentuh rambut gugur?. tak ada kan? maka hukumnya tidak jelas lah bahawa ianya membatalkan wuduk. cuma!. Pasal topik rambut gugur/bulu gugur ni sebenarnya masih luas. mungkin saya akan buat entry pasal ini. Tapi saya kena buat kajian dulu. tak boleh sebarangan nak letak hukum kan. apa yang saya boleh katakan disini adalah, bulu-bulu yang gugur dari haiwan yang haram di makan adalah najis manakalah haiwan yang halal dimakan seperti ayam, bulu2 nya bukan najis. Najis ni kalau terkena pada pakaian, tak lah membatalkan wuduk. Tapi kita tak boleh solat lah. kene basuh atau tukar pakaian. kecuali bulu kucing, nabi kata bukan najis. berdasarkan hadith :

      Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" (Hadith Riwayat Abu Daud).

      Tetapi kalau dalam bilangan yang banyak terlekat pada kita, tu tak boleh lah. itu je yang saya tahu. Lain-lain akan saya beritahu di entry akan datang. InsyaAllah

      Delete
  6. terima kasih atas perkongsian.. just nak konfrmkan apa yg pernah dpelajari.. macam mana plak kalo setiap mlm biasa bc srh al-Mulk, ms haid boleh x baca dengan niat sebagai zikir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak kita merujuk pada hadith ini, iaitu :
      Hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu’anha beliau berkata, “Aku datang ke Mekkah sedangkan aku sedang haidh. Aku tidak melakukan thowaf di Baitullah dan (sa’i) antara Shofa dan Marwah. aku mengkahbarkan keadaanku itu kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, maka baginda bersabda, ‘Lakukanlah apa yang biasa dilakukan oleh haji selain thowaf di Baitullah hingga engkau suci’.” (Hadits riwayat Imam Bukhori no. 1650)

      Berdasarkan hadith tersebut, dibolehkan wanita yang hadih itu membaca surah-surah amalan seperti biasa. tetapi tidak boleh memegang alQuran atau ayat-ayat al-Quran atau jika ia buka kebiasaan, maka sebaiknya tidaklah dilakukan. itu pada pemahaman saya dan berdasarkan pendapat guru saya. tolong tegur sekiranya salah ye. maklumlah, saya hanya seseorang yg sama2 sedang mengukuhkan ilmu :)

      Delete
  7. thanks.perkongsian yg bagus.before this agak confuse sebenarnye pasal hal nie.Alif Baa Taa.Aku Baru Tahu.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Thanks a lot for the information.. sgt berguna utk saya. ^^ May Allah bless you always :')

    ReplyDelete
  9. terima kasih. info yg sangat terang dan mudah difahami. part klakar pun ade! tak sia sia dibaca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas setahun. baru saya buka blog. sebab ada urusan kat pedalaman. line tak okey. maka tertinggallah blog ini menjadi khazanah. hehe.. terima kasih sudi baca.. :)

      Delete
  10. thank u for the info !! :))

    ReplyDelete
  11. Lagi satu nak tanya...ada tak dalil dalil yang mengatakan tak boleh potong kuku sebelum mandi hadas haid...kena mandi wajib dulu baru boleh potong kuku...sbb ramai kawan2 bagi tau..jgn potong kuku dulu selagi tak mandi wajib...saya tanya kenapa tak boleh?dorg pn x tau...alasan..org tua2 kata tak boleh..mohon pencerahan pasal ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye, saya dah lama tidak membuka blog atas kesibukan hal dunia :), insyaAllah hal dunia yang boleh menjadi bekal akhirat. berhubung soalan cik/puan, kalau cik/puan baca huraian nya, jelas saya tidak menyatakan dahlil yg jelas berhubung memotong kuku sebelum mandi hadas. kerana memang tidak ada dahlil yang berat atau jelas yang melarang perbuatan memotong kuku sebelum mandi hadas. oleh itu, timbul pelbagai pendapat dari ulama berhubung perkara ini. Namun, tidak ada yang mengharamkan perbuatan ini.

      Delete
  12. Terima kasih atas info berguna ini.. Tq yer...

    ReplyDelete
  13. Memang jelas. Saya sebenarnya was2 nak potong kuku dan memotong rambut ketika haid. Skrg tidak lagi. Trima kasih atas info awk tu.

    ReplyDelete
  14. Good information ~ hehe thnk you for sharing

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu ni.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum admin, tq ...bnyk mbantu baca blog ni,>

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. thank you >.< membantu sangat..

    ReplyDelete
  19. perkongsian menarik dan berilmu..teruskan

    jemput singgah https://saripkay.com/hukum-cukur-bulu-ketika-haid/

    ReplyDelete