Bila masa Allah bagi cuti ?. beribadah
ni tak da waktu cutinya. Cuma bagi kaum hawa, tiap-tiap bulan 3-15 hari Allah
akan bagi dioarang rehat. Iaitu masa ‘Haid’. Kalau masa haid tu lebih dari 15
hari, tu bukan di kira sebagai darah haid dah. Tu di kira darah penyakit
(Istihadah). Dalam tempoh ABC tu, Tak payah
solat, puasa, atau yang dah kahwin tu, tak payah ‘OT’ dengan suami. Seronok tak
seronok..?. Memang seronok lah kan. Tu lah
tanda Allah sayang kat perempuan ni. Dia tahu perempuan ni, siang kerja kat
tempat kerja (wanita berkerjaya), atau buat kerja kat rumah, malam pulak balik
rumah, suami request macam-macam. Nak
murtabak lah, mee goreng mamak lah, kopi’0’ kurang manis lah, macam-macamlah
suami request. Tu belum masuk OT
dalam “bilik” lagi. Nak minta urut lah.. nak minta cabut bulu ketiak lah
(mengade), nak macam-macam lah..
.........tulis macam pengalaman luas je kan..?
Padahal bujang semata-mata.. buat masa ni bujang
lah. Tak kan nak bujang sampai tua kan. Sekurang-kurang kita kena memahami kaum
hawa ni. Supaya bila kita kahwin nanti, kita tahu isteri kita ni penat. Tu baru
layan kita (suami) seorang. Kalau ada anak-anak lagi? Dapat-dapat pula 12
orang. Memang penat lah dia. Basuh baju, masak dan mengemas tu memang dah tugas
harian lah kan.
Berbalik kepada topik tadi. Hukum
memotong kuku semasa ABC. Aku kalau cerita pasal hukum ni seram sikit. Kena hati-hati.
Ilmu cetek lah katakan. Untuk tu aku buat beberapa rujukan. Rujukan yang paling
bernas adalah Al-Quran dan Hadith.
Sebelum cerita pasal hukum ni, kita
kena tahu, apakah larangan-larangan ketika seseorang perempuan itu dalam waktu
haid?
Daripada kitab Hidayatu Subiyan
(di
tashihkan oleh ulama Muhammad Yusof bin Ahmad atau Tok Kenali dan beberapa
orang ulama muktabar), antara perkara yang di larang ketika Haid adalah
v
Mengerjakan solat fardhu atau sunat
v
Puasa fardhu atau sunat
v
Sujut tilawah atau sujud syukur.
v
Tawaf fardhu atau sunat
v
Membaca Al-Quran atau menyentuhnya
v
Memasuki masjid.
v
dilarang menceraikan isteri ketika haid.
v
Bersetubuh dengan suaminya dan dilarang bersuka-suka di
antara pusat hingga lutut.
Bila aku teliti larang-larangan tu,
tak pula aku jumpa di larang potong rambut atau kuku masa haid. jom kaji lagi..
Larangan 1 = SOLAT
Dari Aisyah ra berkata, Fatimah
binti Abi Hubaisy mendapat darah istihadha, maka Rasulullah SAW bersabda
kepadanya, Darah haidh itu berwarna hitam dan dikenali. Bila yang yang keluar
seperti itu, janganlah solat. Bila sudah selesai, maka berwudhu’lah dan lakukan
solat. .
Dari Aisyah ra. berkata,
Di zaman Rasulullah SAW dahulu kami mendapat haid, lalu kami diperintahkan
untuk mengqada` puasa dan tidak diperintah untuk mengqada` salat. .
`Dari Fatimah binti Abi
Khubaisy bahwa Rasulullah SAW bersabda, Bila kamu mendapatkan haid maka
tinggalkan solat.
Larangan 2 = BERWUDU` ATAU MANDI
WAJIB
As Syafi`iyah dan
al-Hanabilah mengatakan bahwa `wanita yang sedang mendapatkan haid diharamkan
berwudu`dan mandi janabah. Maksudnya adalah bahwa seorang yang sedang
mendapatkan haidh dan darah masih mengalir, lalu berniat untuk bersuci dari
hadats besarnya itu dengan cara berwudhu’ atau mandi janabah, seolah-olah darah
haidhnya sudah selesai, padahal belum selesai.
Sedangkan mandi biasa
dalam arti membersihkan diri dari kuman, dengan menggunakan sabun, shampu dan
lainnya, tanpa berniat bersuci dari hadas besar, bukan merupakan larangan.
Larangan 3= PUASA
Dari Abi Said Al-Khudhri ra. berkata
bahwa Rasulullah SAW bersabda, Bukankah bila wanita mendapat haid, dia tidak
boleh shalat dan puasa?
Larangan 4 = TAWAF
Dari Aisyah ra. berkata
bahwa Rasulullah SAW bersabda, Bila kamu mendapat haid, lakukan semua langkah
ibadah haji kecuali bertawaf di sekeliling ka`bah hingga kamu suci.
Larangan 5 = Menyentuh Alquran dan
Membawanya
Allah SWT berfirman di dalam
Al-Quran Al-Kariem tentang menyentuh Al-Quran:
Yang bermaksud : Dan
tidak menyentuhnya kecuali orang yang suci
Jumhur Ulama sepakat
bahwa orang yang berhadats besar termasuk juga orang yang haidh dilarang
menyentuh mushaf Al-Quran
Larangan 6 = MEMBACA AYAT-AYAT
AL-QURAN
Kecuali dalam hati atau
doa/zikir yang lafaznya diambil dari ayat Al-Quran secara tidak langsung.
`Rasulullah SAW tidak
terhalang dari membaca Al-Quran kecuali dalam keadaan junub` (tidak bersih).
Namun ada pula pendapat
yang membolehkan wanita haidh membaca Al-Quran dengan catatan tidak menyentuh
mushaf dan takut lupa akan hafalannya bila masa haidhnya terlalu lama. Juga
dalam membacanya tidak terlalu banyak.
Pendapat ini adalah
pendapat Malik. Demikian disebutkan dalam Bidayatul Mujtahid jilid 1 hal 133.
Larangan 7 = MASUK KE MASJID
Dari Aisyah RA berkata
bahwa Rasulullah SAW bersabda, Tidak ku halalkan masjid bagi orang yang junub
dan haid.
Larangan 8 = BERSETUBUH
Wanita yang sedang
mendapat haid haram bersetubuh dengan suaminya. Keharamannya ditetapkan oleh
Al-Quran Al-Kariem yang bermaksud :
Mereka bertanya kepadamu tentang
haidh. Katakanlah: `Haidh itu adalah suatu kotoran`. Oleh sebab itu hendaklah
kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati
mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka
itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.
Yang dimaksud dengan menjauhi mereka
adalah tidak menyetubuhinya.
Sedangkan al-Hanabilah
membolehkan mencumbu wanita yang sedang haid pada bahagian tubuh selain antara
pusat dan lutut atau selama tidak terjadi persetubuhan.
Hal itu didasari oleh sabda
Rasulullah SAW ketika beliau ditanya tentang hukum mencumbui wanita yang sedang
haid maka beliau menjawab:
`Dari Anas ra. bahwa
orang Yahudi bisa para wanita mereka mendapat haidh, tidak memberikan makanan.
Rasulullah SAW bersabda, Lakukan segala yang kau mahu kecuali hubungan badan.
Dari Aisyah ra berkata,
Rasulullah SAW memerintahkan aku untuk memakai sarung, beliau mencumbuku
sedangkan aku dalam keadaan datang haidh.
Di dalam al-Baqarah ayat
222 itu Allah menyebutkan bahwa wanita haid itu haram disetubuhi sampai mereka
menjadi suci dan menjadi suci itu bukan sekadar berhentinya darah namun harus
dengan mandi janabah, itu adalah pendapat al-Malikiyah dan as Syafi`iyah serta
al-Hanafiyah.
Jelas kepada kita bahawa tidak ada
larangan memotong kuku atau rambut ketika junub (tidak bersih). Jadi apakah
hukum nya memotong kuku atau rambut ketika haid?. Kalau tidak di larang. Maknanya
tidaklah Haram. Kalau tak haram apa?, sunat? Makruh? Harus?.
Jom kaji lagi..
Di riwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Abu Daud melalui Ali bin Abi Talib yang menyatakan, “Sesiapa yang mengabaikan
satu bahagian dari tempat tumbuhnya rambut ketika mandi junub sehingga tidak
terkena air, maka Allah akan memperlakukan begini dan begini di neraka.”
Disebutkan di dalam
syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ ( 1/60 ), menurut Imam al-Ghazzali di dalam
Ihya Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku
atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari
akhirat nanti dalam keadaan junub ( tidak bersih) .
Bagi kedua-dua hadith di atas,
sepertinya perbuatan memotong kuku dan rambut ketika junub tu di larang. Namun, menurut Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Atiyyah Saqar dan Dr. Rif`at Fawzi,
professor Shari`ah di Univ. Kaherah tidak
ada dahlil-dahlil yang menyokong hujah tersebut. Melainkan hadith tersebut
lahir dari pemikiran logik akal.
Imam Ibn Taymiah di
dalam kitabnya “Ghiza’ al-albab, 1/382 ) maka beliau menjawab : “ Tidak aku
ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan
Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) samada
hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu : “ buangkan darimu bulu-bulu kufur
(yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam) “ maka
arahan Nabi tidak menunjukkan sebarang tangguh cukur selepas mandi.
Kesimpulannya,
potong kuku dan rambut ni tak haram dan tak di larang. Cuma sebaiknya kita
menjaga kebersihan. Sebagai menghormati sesuatu daripada kita, maka kita buang
pada tempat yang selayaknya. Rambut dan kuku ni bukan najis. Maka tempatnya
juga seharusnya bukan pada yang kotor. Walaupun tak di larang potong ketika
dalam junub, tapi sebaiknya uruskanlah ia sebaik mungkin tanam kat pasu bunga
ke, atau simpan buat kenangan ke, buat hadiah ke ( cadangan adik tiqah), suka hati lah. Kalau rajin, basuh sama2 masa
mandi wajib tu. Kalau rajin lah. Sebab bukan wajib buat pun kan. Kalau malas,
bungkus elok2, tanam kat tanah. Kot2 jadi emas kan. Hehe....
Sekian...
harap ilmu ini bermanfaat. Kalau ada salah silap. Tolonglah tegur.
Mitos orang2 tua
Kalau masa haid,
simpan kuku dan rambut yang gugur. Bawa mandi sama nanti. Alasannya mudah je. Sebab
dulu-dulukan atau mungkin masih ada zaman sekarang ni, asal benci kkat orang je
terus santau. Asal suke anak dara orang je, terus pukau. Macam-macam lah. Maka,
cara paling senang orang nak kenakan kita adalah bila dia ada ‘sesuatu’ yang
dari kita. Semasa haid pula, masa tu kita benar-benar lemah. Dah lah dengan
senggugut lagi, tak boleh solat, x boleh pegang Quran. Memang sah2 lah lemah
kan. Senang-senanglah jin dan syaitan dan masuk dalam kita. Aahhh....
‘JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DI SELUBUNGI DENGAN MISTIK!’’
Sumber :
v Al-Quran dan Hadith
v
Kitab Hidayatu Subiyan
v
Halaqah
Elok juga info begini dikongsikan.. untuk pengetahuan semua sama ada perempuan atau lelaki..
ReplyDeletebetul tu bro.. tambah2 kita yg lelaki ni. senang jawab kalau anak tanya.
Deleteperkongsian ilmu yg baik
ReplyDeleteterima kasih saudara mat
Deletemohon utk share :)
ReplyDeletekalau bermanfaat, x salah kita share2 kan.. silakan :)
Deletealhamdulillah sgt bermanfaat utk wanita spt sy... ingtkan haram hukumnya.. erm mohon admin singgh r blog sy n komen r pape yg ptut sbb blog sy tu blog bru so xrmai pgunjung. smoga bmnfaat inshaa allah.!
ReplyDeletealhamdulillah.. sama2 kita menyebarkan dakwah ye :) insyaAllah saya datang melawat blog awak
Deleteasalam admin saya nk tnya.....betol ke wuduk kita batal jika kita menyentuh rambut gugur?,,,sebab rambut gugur dikira bangkai....serious tak pernh dgr waalahualam....
ReplyDeletebetul2..lgpun dh terbiasa ambik wudu'...mcmma ya?
Deletesaya minta maaf ye atikah dan mawar. saya baru saja buka blog setelah setahun merantau. bila berckp tentang batal atau tidak sesuatu perkara tu seperti wuduk, kita kena rujuk apa perkara yang membatalkan wuduk. antaranya seperti berikut :-
Delete1. Kentut & Qadha’ Hajat
2. Keluar air mazi.
3. Keluar al-Wadi
4. Keluar air mani
5. Sesuatu yang keluar secara berterusan seperti darah istihadhah dan sebagainya.
6. Tidak perlu berwudhu' apabila waswas.
7. Tidur atau Tidak Tetap Punggung
8. Menyentuh Wanita Ajnabi atau bukan muhrim
9. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan
10. Makan daging unta.
11. Hilang akal kerana gila, pengsan dan sebagainya yang melibatkan kewarasan.
Jadi bila kita lihat pada senarai tu kan, kita bandingkan, ada tak pasal sentuh rambut gugur?. tak ada kan? maka hukumnya tidak jelas lah bahawa ianya membatalkan wuduk. cuma!. Pasal topik rambut gugur/bulu gugur ni sebenarnya masih luas. mungkin saya akan buat entry pasal ini. Tapi saya kena buat kajian dulu. tak boleh sebarangan nak letak hukum kan. apa yang saya boleh katakan disini adalah, bulu-bulu yang gugur dari haiwan yang haram di makan adalah najis manakalah haiwan yang halal dimakan seperti ayam, bulu2 nya bukan najis. Najis ni kalau terkena pada pakaian, tak lah membatalkan wuduk. Tapi kita tak boleh solat lah. kene basuh atau tukar pakaian. kecuali bulu kucing, nabi kata bukan najis. berdasarkan hadith :
Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" (Hadith Riwayat Abu Daud).
Tetapi kalau dalam bilangan yang banyak terlekat pada kita, tu tak boleh lah. itu je yang saya tahu. Lain-lain akan saya beritahu di entry akan datang. InsyaAllah
terima kasih atas perkongsian.. just nak konfrmkan apa yg pernah dpelajari.. macam mana plak kalo setiap mlm biasa bc srh al-Mulk, ms haid boleh x baca dengan niat sebagai zikir?
ReplyDeletesaya nak kita merujuk pada hadith ini, iaitu :
DeleteHadits dari ‘Aisyah radhiyallahu’anha beliau berkata, “Aku datang ke Mekkah sedangkan aku sedang haidh. Aku tidak melakukan thowaf di Baitullah dan (sa’i) antara Shofa dan Marwah. aku mengkahbarkan keadaanku itu kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, maka baginda bersabda, ‘Lakukanlah apa yang biasa dilakukan oleh haji selain thowaf di Baitullah hingga engkau suci’.” (Hadits riwayat Imam Bukhori no. 1650)
Berdasarkan hadith tersebut, dibolehkan wanita yang hadih itu membaca surah-surah amalan seperti biasa. tetapi tidak boleh memegang alQuran atau ayat-ayat al-Quran atau jika ia buka kebiasaan, maka sebaiknya tidaklah dilakukan. itu pada pemahaman saya dan berdasarkan pendapat guru saya. tolong tegur sekiranya salah ye. maklumlah, saya hanya seseorang yg sama2 sedang mengukuhkan ilmu :)
thanks.perkongsian yg bagus.before this agak confuse sebenarnye pasal hal nie.Alif Baa Taa.Aku Baru Tahu.
ReplyDeletesama2... terima kasih sudi baca
DeleteAssalamualaikum, Thanks a lot for the information.. sgt berguna utk saya. ^^ May Allah bless you always :')
ReplyDeletewaalaikumsalam... terima kasih tau sudi baca
Deleteterima kasih. info yg sangat terang dan mudah difahami. part klakar pun ade! tak sia sia dibaca!
ReplyDeleteselepas setahun. baru saya buka blog. sebab ada urusan kat pedalaman. line tak okey. maka tertinggallah blog ini menjadi khazanah. hehe.. terima kasih sudi baca.. :)
Deletethank u for the info !! :))
ReplyDeleteLagi satu nak tanya...ada tak dalil dalil yang mengatakan tak boleh potong kuku sebelum mandi hadas haid...kena mandi wajib dulu baru boleh potong kuku...sbb ramai kawan2 bagi tau..jgn potong kuku dulu selagi tak mandi wajib...saya tanya kenapa tak boleh?dorg pn x tau...alasan..org tua2 kata tak boleh..mohon pencerahan pasal ni...
ReplyDeletemaaf ye, saya dah lama tidak membuka blog atas kesibukan hal dunia :), insyaAllah hal dunia yang boleh menjadi bekal akhirat. berhubung soalan cik/puan, kalau cik/puan baca huraian nya, jelas saya tidak menyatakan dahlil yg jelas berhubung memotong kuku sebelum mandi hadas. kerana memang tidak ada dahlil yang berat atau jelas yang melarang perbuatan memotong kuku sebelum mandi hadas. oleh itu, timbul pelbagai pendapat dari ulama berhubung perkara ini. Namun, tidak ada yang mengharamkan perbuatan ini.
DeleteTerima kasih atas info berguna ini.. Tq yer...
ReplyDeletesalam. thanks share ya :)
ReplyDeleteMemang jelas. Saya sebenarnya was2 nak potong kuku dan memotong rambut ketika haid. Skrg tidak lagi. Trima kasih atas info awk tu.
ReplyDeleteGood information ~ hehe thnk you for sharing
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu ni.
ReplyDeleteassalamualaikum admin, tq ...bnyk mbantu baca blog ni,>
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethank you >.< membantu sangat..
ReplyDeleteperkongsian menarik dan berilmu..teruskan
ReplyDeletejemput singgah https://saripkay.com/hukum-cukur-bulu-ketika-haid/