Wednesday 6 June 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012



Semasa aku buat lawatan sambil belajar ke blog-blog sahabat-sahabat dan juga ke laman-lama berkaitan, baru aku faham ini lah yang di bebelkan oleh sahabat aku 2 minggu lepas. Atas sebab kesibukkan aku, aku takda masa pula tengok apa yang dia cakap pun.

Ooooohhhh… ini ke..

Buka kat amanz.my, pasal akta keterangan (Pindaan) 2012. Dah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2012 yang lepas. Amanz.my melaporkan macam ni..


Okey, apa yang sebenarnya terkandung dalam Akta Keterangan 2012 tu…? Bagi yang tak tahu lagi, sila baca kata bawah ni.

Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:
  • Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah diterbitkan kandungan itu.
  • Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
  • Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya. Dengan pindaan ini, penafian daripada pesalah tidak boleh lagi diterima sekiranya tidak disertakan bukti yang kukuh.


Jadi apa kata korang??. Bukan blogger je yang patut berhati-hati, tu ah yang ramai buat page Facebook hina-hina orang tu.. belum masuk lagi yang sebar fitnah dan maki hamun kawan melalui telefon tu. Yang suka upload benda-benda tak senonoh pun kena berwaspada. Jadi sahabat-sahabat sekalian, kadang-kadang kita kena belajar kedekut juga. Jangan sembarangan bagi pinjam harta kat orang. kot-kot dia guna harta kita tu buat benda yang tak berfaedah. Tak pasal kene sekali kan..
Kurangkan merepek sudahlah. Gunakan blog sebagai wadah dakwah.

No comments:

Post a Comment