Thursday, 10 May 2012

wanita

Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari

Selaku lelaki normal, pastinya kamu akan tertarik terhadap wanita. Tipulah kalau kamu tidak berpaling walaupun sekali kalau ada wanita yang lalu di hadapan kamu.  Tambah-tambah lagi yang lalu tu cantik, ayu, seksi, dan yang sama taraf dengannya. Betul tak?. Lelaki yang hipokrit je yang akan kata, “ish! Takdelah... bukan semua macam tu!”. Yelah, bukan semua macam tu. Sebab pada masa sekarang, ada lelaki yang tak normal. Mereka lebih sukakan kaum sejenis (homoseksual). Ingat! Nabi tak ngaku umat pada golongan-golongan macam tu.

Wanita merupakan salah satu kelemahan yang utama bagi seorang lelaki selain harta dan pangkat.  Walaupun sememangnya normal bagi seorang lelaki mempunyai naluri yang kuat terhadap wanita, namun, bagi mereka yang berpegang kuat pada agama Allah, pastinya kita tahu tentang perintah Allah untuk menjaga pandangan kita. Ketika zaman sekolah dulu, ade seorang kawan ni bertanya kepada ustaz yang mengajar kami pada masa itu:

Kawan : Ustaz, apa yang patut kita buat kalau kita ternampak

             perempuan seksi lalu depan kita?


Ustaz :  Palingkan pandangan. firman Allah swt ertinya “ Katakanlah

            oleh mu ya Muhammad bagi orang-orang mukmin itu biar

            mereka itu pejamkan pandangan mereka itu “. Nabi

            muhammad pun ada pesan, cukupkan dengan satu pandangan

            sahaja. Maknanya kalau kita terpandang sekali tu tidak haram

            atau berdosa. Sebab tak sengaja. Tapi kalau pandang  kali

            kedua tu yang berdosa.

Kawan: Maknanya kalau dah terpandang sekali, tengok terus je, tak

            berpaling dua kali, maknanya tak berdosa lah kan?.

Ustaz :  Pandailah kamu!, bagaimana kalau tiba-tiba Allah buat leher

            kamu tak gerak langsung?. Tengok je terus perempuan tadi

            sampai dah tak boleh tengok benda lain. Okey tak?.

Seisi kelas ketawa dengan jawapan ustaz. Kawan tadi pun turut ketawa. Semua pun tahu kawan tersebut sedang bergurau. Maklum sajalah, pelajaran agama dalam waktu tengah hari memanglah agak mengantukkan. Sekurang-kurangnya, gurau tadi berbekas dihati kami tentang pentingnya menjaga pandangan.  Allah juga telah mengingatkan kita tentang menjaga pandangan dalam surah An-Nuur ayat 30 dan 31. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”. (an-Nuur: 30)

katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”. (an- Nuur: 31)

Firman Allah tersebut jelas bahawa Dia telah memberi peringkatan kepada lelaki dahulu sebelum memberi peringatan kepada perempuan.

Sememangnya kita sebagai manusia, tidak ada yang sempurna. Namun, kerana ketidakkesempurnaan itu, tidak boleh menjadi sebab untuk kita mengikut hawa nafsu dalam menerusi kehidupan kita. Allah telah memberikan kita Al-quran dan As-sunnah nabi kita Muhammad sebagai penuntun jalan kehidupan kita.

Ketika pada zaman Nabi Musa A.S, Syaitan telah mengatakan bahawa terdapat tiga jalan yang di gunakan oleh syaitan untuk merasuk dan memperdayakan manusia iaitu ketika solat, ketika marah dan melalui wanita. Fokus topik pada hari ini adalah wanita. Jadi, saya lebih mengutamakan untuk membincangkan bagaimana wanita mampu menjadi senjata utama syaitan.

Saya teringat pada kata-kata seorang sahabat kepada saya.

“Perempuan boleh masuk syurga tanpa lelaki, tetapi lelaki tidak boleh masuk syurga tanpa wanita”.

“What the fish!!!”.. penerangan sahabat tadi tentang apa yang dia katakan tadi lebih kurang macam ni :

“bukanlah kita kena masuk syurga diiringi perempuan. Janganlah salah faham. Cuma kenapa lelaki tak boleh masuk syurga tanpa perempuan sebab lelaki ni lahir-lahir lagi dah memang ada tanggungjwab terhadap perempuan. Berbeza dengan perempuan, masa dia bujang, tanggungjawab dia hanya kepada ayahnya.  Kemudian bila dia dah berkahwin, tanggungjawabnya hanya kepada suaminya. Kalau lelaki, lahir-lahir lagi, dia dah ada tanggungjawab terhadap ibunya dan saudara-saudara perempuannya. Itu belum termasuk tanggungjawab terhadap ayah lagi. Ni kita fokus pada sebelah perempuan je.  Lepas tu bila dia dah kahwin, dia dah tambah satu lagi tanggungjawab, iaitu ke atas isterinya. Setahun kemudian dapat pula anak perempuan. Dah tambah satu lagi tanggungjawab. Dalam keadaan tanggungjawab yang bertambah, tanggungjawab lain belum lagi lepas-lepas. Selama mana saudara perempuannya belum berkahwin, selama itu saudara-saudara perempuannya dibawah tanggungjawabnya. Lelaki boleh jadi  4 watak dalam satu-satu masa iaitu sebagai anak lelaki, saudara lelaki, suami dan ayah. Jadi, kau tahu tak, 4 watak ni lah yang senang-senang di tarik oleh perempuan yang dibawah tanggungjawabnya untuk masuk ke neraka?. Kalau kita ni seorang anak, kita lihat ibu kita keluar tanpa memakai tudung, kita lihat ibu kita tidak sembahyang atau kita lihat ibu kita melakukan sesuatu yang di larang Allah, kemudian kita tidak menasihati ibu kita hanya kerana takut dia berkecil hati. Maka dengan besar hati kita juga turut menanggung dosa yang dilakukan oleh ibu kita. jadi, terseretla anak tadi ke neraka bersama ibu tadi. Kalau kita sebagai saudara lelaki, jika ayah kita telah tiada, secara automatiknya tanpa permohonan kenaikan pangkat, maka kita akan menyandang jawatan wali mereka. Seronokkah kita dengan jawatan tersebut?. Sungguh-sungguh seronok. Sebab semuanya sharing is caring, caring is sexy. Kita membiarkan saudara-saudara perempuan kita berkeliaran. Hidup dengan haluan sendiri sehingga mengabaikan agama. Aurat dan solat sudah tidak lagi terjaga. Kita membiarkan lelaki lain menjamah tubuh yang selayaknya kita lindungi. Maka, tergolonglah mereka dalam ahli neraka. Apa korang ingat, dia sorang je pergi ke neraka? Nama pun sharing is caring, oleh kerana atas tanggungjawab kita untuk caring kepada mereka, maka bersama-samalah kita terheret ke dalam neraka. Itu dah cerita dua watak. Lagi dua watak tak sentuh lagi. Watak sebagai suami dan ayah. Kisah nya sama seperti dua watak yang diceritakan tadi. Suami pastinya bertanggungjawab terhadap isteri dan ayah bertanggungjawab terhadap anaknya. Isteri dan anak-anak sedap-sedap buat apa yang dia suka. Suami dan ayah penat yang penat-penat cari nafkah turut sama menanggung dosa. Ingat! dayus la bagi seorang lelaki kalau membiarkan isteri dan anak perempuannya berhias berlebihan, memakai yang ketat-ketat atau tidak menutup aurat, mahupun memakai bau-bauan yang kuat sehingga mampu dinikmati oleh lelaki ajnabi mereka. Bagaimana seorang lelaki yang berakal sanggup membiarkan mata-mata nakal lelaki lain menjamah tubuh isteri dan anaknya yang sepatutnya dia lindungi?. Bagi seorang lelaki, fikir-fikirkanlah. Bagi seorang permpuan, sebelum kamu melangkah dari pintu rumah, ingatlah, apa yang akan kamu berikan kepada saudara lelaki, anak lelaki, ayah dan suamimu?. Kasihanilah mereka yang penat berkerja semata-semata untuk memenuhi zahir dan batinmu!”.

Panjang penerangan sahabat tadi. Aku sampai terngangah sebentar. Sesekali aku terfikirkan perempuan-perempuan di bawah tanggungjawab ku. Alhamdulillah, kakak dan adik perempuan ku telah berkahwin dan telah selamat di bawah jagaan suami mereka yang InsyaAllah soleh. Ibuku? Alhamdulillah, ibu juga seorang yang mementingkan agama. Auratnya terpelihara. Begitu juga solatnya. Ibu ku juga tidak masuk campur dalam urusan umpat mengumpat “team JOYAH kampung pisang” (bukan nama team sebenar). Isteri dan anak-anak??.. aku bujang lagi. Belum ada isteri, inikan pula anak. Setakat ni aku ada anak saudara, anak mata dan anak tekak je. Kalau aku dan kahwin nanti, aku akan berusaha menjadi suami dan ayah yang soleh dan imam kepada mereka. InsyaAllah. “Permudahkan urusan ku  ya Allah!”. Amin

Okey, tidak puas membebel pasal wanita, kita teruskan ‘mengata’ wanita-wanita ni. Nama pun wanita ni senjata syaitan, jadi kita sebagai lelaki haruslah menguatkan benteng kita. agar tidak tertewas dalam lembah nafsu dunia (wanita). Terdapat lima kekuatan utama wanita yang telah menjadi sebab utama syaitan memilih mereka sebagai senjata. Iaitu,  air mata wanita, senyuman,  cara bercakap, berhias dan kebijaksanaan wanita. Ah! Yang lelaki tu, kau ada kelima-lima tu?. Ada... tapi sekuat wanita kah?. Kita tengok air mata, kalau lelaki nangis, buruk sangat. Paling-paling pun kene cop sebagai ‘pondan’. Tak pasal-pasal dapat pondan. Senyuman lelaki memang manis dan menggoda, tapi tidaklah sampai menggetarkan jiwa. Kalau senyum lebih-lebih, dapat pula gelaran ‘senget’sebijik. Cara bercakap seorang lelaki juga perlu terkawal atau kadang-kadang ada juga luar kawalan. tapi semestinya tidaklah menggoda. Kalau bercakap alah-alang menggoda, tu dah masuk kategori “auw auuw”. Bab berhias memng lelaki kalah tanpa bertanding. Lelaki ni, kadang-kadang rambut pun lupa nak sikat. Ini kah pula nak tepek bedak. “Tak kuase mak... nok!” kebijaksanaan.. lelaki memang di anugerahkan 9 akal 1 nafsu. Sebab tu lelaki yang pegang talak sebab lelaki lebih berfikiran rasional apabila berlaku masalah. Tapi, memang menjadi lumrah lah, biasanya yang satu tu la Tuhan. Nafsu lelaki yang satu tu lah yang selalu kawal lelaki sampai buta hati. masyaAllah.. yang ini cerita pasal lelaki. Balik semula pada wanita.. suke sangat hati teman nak citer bab orang perempuan ni.

LIMA KELEBIHAN WANITA

1.       Air Mata Wanita

Sedar atau tidak, yang kerap menangis antara lelaki dengan wanita adalah wanita. Tangisan wanita selalunya akan meresap ke hati seorang lelaki. Bayangkan kalau wanita di depan kita menangis meminta sambil meminta sesuatu daripada kita (kaum lelaki), apa yang kita rasa?. Walaupun kadang-kadang benda tu kita tak nak bagi, sebab rintihan daripada wanita tersebut, kita akan berusaha untuk penuhi juga permintaannya. Seorang lelaki yang menyayangi seorang wanita akan merendahkan egonya sekiranya melihar wanita yang di sayanginya menangis.

Ada kata-kata pujangga yang menarik perhatian ku tentang tangisan seorang wanita. Kata-kata tersebut lebih kurang macam ni :

“Jangan biarkan seorang wanita yang kau sayangi menangis, kerana mungkin ada insan lain yang berusaha membuatkannya ketawa”.

apa komen anda?. Sejujurnya la aku sikit pun tak terasa goyah dengan ayat tersebut. Kata-kata tersebut macam dah menyokong syaitan tanpa kita sedari. Seolah-olah tangisan wanita ini benar-benar melemahkan lelaki sehingga kita takut mereka di rampas oleh orang lain. Kalau yang nangis tu isteri aku, nangis pula sebab aku tak terlupa belikan dia roti canai, lepas tu mamak jiran sebelah rampas dia dengan menggunakan kemahiran nya membuat roti canai, memang aku sepak dua-dua. Perempuan (isteri) yang baik akan bersama dengan suaminya dalam susah dan senang.  Tapi kalau dah hari-hari menangis sebab suami, baiklah minta dipisahkan. Dah terlampau sangat dah lelaki macam tu.

2.       Senyuman

Yang ni memang aku sendiri akuinya. Lelaki memang boleh angau dengan senyuman perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan tu adalah perempuan yang di sayangi. Tak payah senyuman betul-betul lah, senyum dalam sms pun, yang macam ni :) mampu buat diri rasa di sayangi. Ini kan pula senyuman secara langsung. Mahunya tak tidur malam. Alih-alih tinggal subuh sebab tak cukup tidur (yeke?). macam pengalaman je. Kalau tengah marah pun, dapat senyuman sekuntum, sejuk rasa hati. Hilang marah tu. Tapi kalau dapat senyuman ikhlas lah. Kalau dapat senyuman sinis menyindir, mestilah rasa macam nak korek biji mata dia je kan. Tengok, dengan senyuman jugak boleh menyebabkan tahap kewarasan menurun. Kalau dah sampai niat nak korek biji mata tu, ah, tak waras lah tu. Bahaya nya senyuman wanita ni.

Kalau dia pujuk sambil senyum menggoda minta beli barang mahal-mahal pun, kita mesti akan berat hati kata tidak. Betul tak? Nanti kalau tak bagi, baik-baik dari senyuman menggoda, jadi lah pulak muncung itik.

3.       Cara Bercakap

Bagi seorang lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu. Sedangkan perempuan lebih gemar bermain dengan kata-kata. Kata-kata yang romantis, mampu mencairkan hati seorang perempuan. Berbeza dengan lelaki, lelaki tidak perlukan kata-kata romantis. Namun, hanya dengan cara perempuan tu berkata-kata sudah cukup membuatkan hati lelaki cair. Apa yang dimaksudkan dengan cara berkata-kata?. Macam ni, biar pun seorang perempuan tu kata “you ni miang la”, kalau di sertakan dengan suara yang manja, miang pun kita dengan baik. Padahal, tu ayat menghina kot. Bukan pujian. Miang pun miang lah. Janji suara dia manja. Alunan suara yang lunak dan manja, lebih-lebih lagi waktu tengah-tengah malam, memang la cukup kuat untuk menjadi peluru atom syaitan bagi meruntukan tembok iman seorang lelaki.  Kalau tembok iman tu tinggi macam KLCC tak pe lah jugak. Boleh lagi bertahan. Mungkin!. Tapi kalau setakat tinggi macamr reban ayam jiran sebelah (sila lihat reban ayam jiran anda), sekali hembus saja terus roboh. Jadi, selaku mujahid islam, kuatkan la imam anda seteguh teguhnya!!!

4.       Berhias

Islam mengharuskan kaum perempuan berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan perempuan berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan syara‘ seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki. Pada masa kini perempuan yang berhias rapi di jadikan modal untuk meraih keuntungan. Dalam perniagaan pun, ramai bos-bos menggunakan perempuan-perempuan cantik sebagai umpan untuk mendapatkan pelanggan dan peluang perniagaan. Tengok saja cerita dalam drama swasta. Semua tu satu kenyataan kehidupan yang sebenar.

Wanita yang berhias cantik, dengan lipstik yang terang pada bibir, dengan bau-bauan yang mengasyikkan, mampu menaikkan gelora nafsu seorang lelaki. Bila nafsu sudah menguasai diri, maka, akal pun terpinggir. Semasa itu lah imam goyah dan syaitan menjalankan rancangannya dengan cukup telitih.

5.       Kebijaksanaan Wanita

Semua pun tahu, wanita di lahirkan dengan 9 nafsu, satu akal. Tapi yang macam aku katakan tadi lah, yang satu tu lah selalu jadi Tuhan. Rasullulah pernah bersabda:"Lelaki ada 9 bahagian akal dan 1 bahagian nafsu dan perempuan ada 9 bahagian nafsu & 1 bahagian akal". Nampak macam perkara ni merendah-rendahkan wanita bukan?. Salah!. Sebenarnya, kata-kata Nabi ini telah menaikkan martabat kaum hawa. Pernah dengar cerita mengenai Rabiyatul Al-Adawiyyah?

Ceritanya lebih kurang macam ni :

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabiah Al Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha’.

Wanita memang bijak, bukan nafsu yang mengusai mereka sebaliknya akal mereka mengusai nafsu mereka. Kerana kebijaksaan itu juga, mereka mampu menguasai nafsu lelaki. Ingat! Kemampuan ini yang digunakan oleh syaitan sebagai senjata yang kuat.

3 comments:

  1. kadang-kadang permpuan ni tak bersyukur di jadikan perempuan. selalu bagi alasan susah jd permpuan sebab kena mengandung, bersalin dan tutup aurat litup satu badan. padahal, diorang la senang masuk syurga.

    ReplyDelete
  2. betul2... bersyukur la jd wanita

    ReplyDelete
  3. kesian papa

    ReplyDelete