Wednesday 9 May 2012

kisah seorang Hamba Allah


Petang tu, baru lima minit punggung sentuh kerusi, telefon bimbit yang tengah lepak-lepak kat meja tiba-tba memekak. Malas nya nak bangun untuk ambil telefon tu. Padahal jarak meja dengan kerusi Cuma 20 langkah kucing. Kalau langkah aku, dalam 5 langkah je kot. Tengok kat skrin, senyuman terukir. Entah apa mimpi mamat ni telefon.
“assalamualaikum budak sabah”. Sambil senyum-senyum. Dari seberang telefon, sahabat tadi menerangkan panjang lebar tentang perihal seorang “hamba Allah”. Aku Cuma angguk-angguk seolah-olah aku sedang bercakap di hadapan sahabat tersebut. Sesekali aku hanya mampu beristighfar. Akhir sekali sahabat itu berkata, “mungkin tudungnya hanyut di dalam sungai”. Aku ketawa mendengar gurauan sahabat tersebut. Namun timbul rasa sedih dan gusar dalam hati tentang apa yang di ceritakan tadi. Walaupun aku tidak mengenali gadis itu, namun dia tetap saudara seislam kami. Saudara kita. lagi pula, dia pernah menjadi “teman istimewa” sahabat baik kami. Mana mungkin aku akan berkata, “Ah! Biar lah kat dia. Bukan urusan kita!”. selagi mana ia melibatkan agama dan saudara kita, maka itu akan menjadi urusan kita. namun, bagaimanakah cara kita untuk membantu “hamba Allah” tersebut?.
Aku hanya berpesan kepada sahabat yang menelefon tadi, cari orang yang rapat dengan dia, minta orang itu nasihatkan dia. Kalau tak berhasil juga, itu terpulang pada dia. Tanggungjawab kita untuk menegur kesalahan tersebut sudah selesai.  “assalamualaikum”. Salam bersambut dari seberang talian. Kemudian, talian dimatikan.
Aku kembali bersandar pada kerusi. Sedikit keluahan aku lepaskan. Dunia ini sudah semakin tua. Kiamat makin dekat. Teringat kata Rasulullah, salah satu tanda kiamat kecil kiamat adalah wanita-wanita mengabaikan auratnya. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
 Dan kerana aurat sudah tidak terpelihara, maka meningkatlah zina. Zina yang berleluasa itu juga sebahagian dari tanda-tanda kiamat.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Kedengaran dari jauh sayup-sayup suara azan. Lantas aku tersedar, kemudian segera mempersiapkan diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Usai semua tanggungjawab dan makan malam, seperti biasa, jika tidak ada kerja yang perlu diselesaikan, maka aku akan meluangkan masa untuk diri sendiri. Pada malam hari, aku gemar baca buku sambil dengar lagu. Memberikan makanan minda supaya minda kita tidak tidur. Kalau minda kita banyak sangat tidur, cepatlah nyanyuk (yeke?). sesekali aku melawat sahabat-sahabat di alam maya. Masuk ke Chatroom atau ke laman Facebook. Orang kata, Facebook ni ciptaan bangsa Israel. Menggunakannya ibarat bersekongkol dengan bangsa laknatullah tersebut. Bagi aku, semua ini teknologi dan ilmu. Bukankah islam menggalakkan kita menggunakan ilmu dengan sebaiknya. Kalau kita menggunakan laman facebook dengan sebaiknya, insyaAllah, baik lah jadinya. Kalau pun laman Facebook itu dicipta oleh orang islam, namun kalau hanya digunakan untuk menyebarkan fitnah, maka tetap haram hukumnya.
Manusia memang ada macam-macam ragam. Masing-masing nak betul. Mana ada orang yang nak mengaku salah kan?.
Masa seronok-seronok layan lagu kat youtube, tiba-tiba ter’TEKAN’ lagu ni. Suara memang alah-alah jiwang. Muzik ciplak orang lain punya. Tapi kita lupakan hal tu, kita dengar mesej yang cuba disampaikan. Senyum-senyum dengar lagu tu. Sesuai bagi kat “hamba Allah” yang sahabat tadi ceritakan. Dakwah itu ada pelbagai cara, melalui lagu di bawah ini pun sudah cukup memberi impak yang mungkin kecil di hati pendengar tapi besar pada hati umat islam. Layan lagu ni kejab.








Sama-samalah kita menginsafi diri dan membantu saudara kita. kita memang tidak sempurna, dan kerana ketidak sempurnaan itu, kita perlu saling ingat mengingati. Kubur memang lain-lain, tapi yang korek kubur kita siapa? Adakah diri kita sendiri yang urus jenazah kita?. jangan persoalkan pasal letaknya kubur sendiri, persoalkan dahulu, bila kita dah jadi jenazah nanti, siapa yang mandikan kita? siapa yang pergi kedai belikan kain kafan dengan sabun mandi jenazah? siapa yang kafankan kita? siapa yang sembahyangkan kita? siapa yang korek kubur kita? siapa yang angkat jenazah kita dari rumah ke kubur? Siapa yang letak kita dalam liang lahad? Siapa yang timbus jenazah kita? siapa yang talkinkan kita? siapa yang baca doa untuk kita? siapa yang buat tahlil untuk kita? jawablah.... kalau kau kata, yang buat tu semua diri kau sendiri, baru kau layak kata, “buat apa kau nak sibuk hal aku, kubur kita lain-lain”.
Jadi, layakkah kita berkata begitu kepada orang yang menasihati kita?. mungkin, orang yang menasihati kita itu, salah seorang yang menguruskan jenazah kita. kalau setakat kau harapkan mak ayah kau yang dah uzur tu atau adik beradik kau yang entah dapat balik ke tak masa kau mati untuk uruskan jenzah kau, memang jadi bangkai lah jenazah kau tu. Subhanallah, Allahu akbar!.

No comments:

Post a Comment