Thursday 19 January 2012

KAFIR kah kita?


“Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (Al Quran),
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih
Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan,
Hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah,
Dan mereka itulah orang-orang pendusta.
Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman
(dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir
Padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa),
Akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran,
Maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar”

(Al Qur’an surat An Nahl (16) ayat 104-106)

                Sebelum aku jumpa seorang ustaz ni (semasa umur 14 tahun), bila orang tanya kafir tu apa?, aku akan jawab.. kafir tu yang bukan islam lerr.. Jawapan tu sebenarnya kurang tepat. Aku percaya, sampai sekarang ramai yang mendefinisikan kafir itu sebagai mereka yang beragama selain dari Islam. Sedar atau tidak, ada juga orang yang memang beragama islam tetapi dia lah yang kafir?. Maka dari itu, sama-samalah kita menilai diri kita, adalah kita masih Islam atau telah tergolong dalam golongan yang kafir. Ingatlah! :

“Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami,
Mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”

(Al Qur’an surat Al Baqarah, ayat 39)

Duduk sekejap di tengah padang yang panas pun kita dah mengeluh, ini kan pula nak duduk dalam neraka selama-lamanya. Subhanallah!!.

Maka dari itu, aku ingin berkongsi sedikit mengenai KAFIR. Sekurang-kurangnya, di samping aku dapat mengingatkan diri aku, aku juga dapat mengingatkan yang lain. Kita tak sempurna dan kerana itu kita perlu saling ingat mengingati.
Daripada sumber bacaan ku, perkataan kafir berasal dari perkataan arab iaitu KAFARO yang bermaksud menolak, ingkar dan tidak percaya. Menurut Ustaz yang ajar aku subjek pendidikan islam semasa tingkatan 2 dulu, kafir ini terbahagi kepada dua. Pertama dari golongan orang bukan islam dan kedua dari golongan orang islam. Sebenarnya, apabila seseorang itu mengetahui tentang islam, tetapi tidak mahu menurut syariat islam, maka orang tersebut layak di gelar sebagai kafir. Contohnya lah, kalau orang yang tinggal jauh dalam hutan, dan dia langsung tidak mengetahui mengenai islam, maka dia tidak boleh di kira sebagai kafir. Tetapi jika dia sudah mengetahui mengenai islam, kemudian dia tidak pula mahu memeluk islam dan mengucap dua kalimah syaadah, maka dia sudah layak termasuk dalam golongan yang kafir.
Bagaimana seseorang yang beragama islam tetapi boleh menjadi kafir?. Kafir dalam kalangan orang islam terbahagi kepada 5, iaitu :.
Pertama : Kufur at-tauhid (menolak tauhid), ditujukan kepada mereka yang menolak bahawa Tuhan itu satu.  Contohnya, biarpun kita mempercayai kekuasaan Allah, tetapi kita masih mempercayai kuasa-kuasa lain seperti mempercayai adanya kubur keramat, pokok berhantu, atau pun mempercayau bomoh-bomoh yang mampu meningkatkan rezeki. Bukankah hanya Allah yang patut kita takuti? Dan hanya Allah yang menurunkan kepada kita rezeki. Hidup dan mati kita hanya di tentukan oleh Allah. Apabila kita menegur kesalahan mereka mengenai kepercayaan karut mereka dan mereka enggan menerima teguran kita serta tidak mahu berubah, maka mereka telah tergolongan dalam golongan yang kafir.

“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.” (QS Al Baqarah, 2:6)

Kedua : Kufur al-nikmah (mengingkari nikmat), ditujukan kepada mereka yang tidak mahu bersyukur kepada Tuhan. Contohnya apabila kita mendapat sesuatu rezeki dan kebaikan, kita melupakan Allah. Bahkan kita menganggap semua itu datangnya dari usaha kita sendiri. Sedangkan kita tidak sedar, tanpa pekenan dan ketentuan Allah, semua itu tidak mungkin kita perolehi. Sikap tidak bersyukur kita terhadap nikmat yang Allah berikan sehingga menimbulkan riak ini lah yang mengundang kepada kekafiran. Bukannya susah pun nak bersyukur, cukup dengan mengucapkan Alhamdulillah pun sudah menunjukkan yang kita ni bersyukur. Kalau ada rezeki lebih tu pula, pandai-pandailah bayar zakat dan bersedekah. Itu pun tanda kita bersyukur. Bukanya perlu bagi semua pun. Separuh pun tidak. Hanya sebahagian kecil je. Dapat duit rm10, belanja kawan sebijik gula-gula harga 5 sen tu pun dah besar pahala nya. Asalkan kita ikhlas nak bagi. Jangan lah kedekut sangat kan!.

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku (la takfurun).”
(QS Al Baqarah, 2:152)

Ketiga : Kufur at-tabarri (melepaskan diri). Melepaskan diri di sini adalah apabila kita mengetahui akan kebenaran islam, maka kita tidak mahu menurut. Sebaliknya kita lari daripada perkara ini sedangkan kita tahu ianya benar. Contohnya, bila kita ni dah islam, kita tahu Allah tu Tuhan sekalian alam, tetapi kita tidak mahu menyembah Allah. Lalu, kita mencari pelbagai alasan untuk tidak beribadah kepada Allah.

"Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu (kafarna bikum)..." (Al-Mumtahanah ayat 4)


Keempat : Kufur al-juhud (mengingkari sesuatu). Mengingkari ni memang biasa berlaku pada kita. kita suka buat apa yang di larang tapi yang di suruh pula kita tinggalkan. Sebab tu bila kita jatuh longkang, mak kita akan akan kata “ Ah! Loncatlah lagi. Loncat longkang yang besar sikit. Biar senang nak jatuh dalam tu!”. Jarang sekali mak kita akan kata “ jangan loncat kat longkang lagi k”. Sebab mak kita pun tahu, kalau dia larang, kita mesti nak buat lagi. Kalau dia suruh-suruh camtu, taknak pula kita buat kan?. Pelik betul manusia ni. Aku sendiri pun macam tu juga. Islam dah kata, “jangan menipu!”. Kita dah tipu jugak. Syariat dah kata, “solat, puasa, patuh pada mak ayah!”... dan macam-macam lagi suruh. Tapi tak juga kita buat.  Kadang-kadang kita tak sedar, sekiranya kita buat perkara yang di larang dan tinggalkan apa yang di suruh, sedangkan kita tidak mahu bertaubat, maka kita telah tergolong dalam golongan yang kafir. Subhanallah... Islam kah kita pada ketika ini??.

“…maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar (kafaru) kepadanya.” (QS Al Baqarah, ayat 89)


Kelima : Kufur at-taghtiyah (menanam/mengubur sesuatu). Surah Al-Hadid, ayat 20 jelas menunjukkan bagaimana kenikmatan mampu membuatkan kita kufur. Dan kekufuran itu lah yang membawa kita kepada kekafiran.

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani (kuffar).”
(QS Al Hadid, ayat 20)

Secara keseluruhannya, KAFIR dapat di ringkaskan kepada, sikap 'tidak percaya' samada kepada Allah atau Rasulnya, pada Ayat-Ayat Allah, pada Hukum-Hukum Allah, samada pada sebahagian atau keseluruhannya. Dan aku nak tambah sikit. Percaya saja tidak cukup sekiranya tidak mengamalkannya apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang. Apa guna kita menjadi seorang islam sekirannya solat pun kita tinggalkan. Solat itu tiang agama!. Kepada muslimah kita, apa guna mengaku islam, kalau tudung pun tak pakai. Apa bezanya korang dengan perempuan agama lain kalau korang tak pakai tudung?. 
MEMANGLAH YANG PAKAI TUDUNG TU TAK SEMESTINYA BAIK, TAPI PEREMPUAN YANG BAIK, PASTI AKAN PAKAI TUDUNG.

“Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati,
Lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan
Dan dihidupkan-Nya kembali, Kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan”

(Al Qur’an surat Al Baqarah ayat 28)

Sama-samalah kita menginsafi diri kita..

No comments:

Post a Comment