Nabi Muhammad
s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"Membaca
Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Wow!... sepertiga
tu..!!.. setiap hari paling kita wajib baca al-fatihah sebanyak 17 kali (paling
kurang). Sebab ape? Sebab kita akan baca 4 kali semasa solat zohor, 4 kali
waktu solat asar, 3 kali waktu solat maghrib, 4 kali waktu solat ishak dan 2
kali waktu solat subuh. (4+4+3+4+2=17 kali). Kalau kita tambahkan dengan
solat-solat sunat, maka lebih banyak kita baca surah ni. Perlu di ingat, surah
Al-Fatihah ni surah wajib dalam solat. Kalau kita salah baca, maka tidak sah
lah solat kita. bertapa pentingnya surah ini kan. Sebelum tidur pun, kita digalakkan
baca surah Al-Fatihah (+ doa-doa lain) untuk mengelakkan gangguan jin. Namun,
berapa ramai yang tahu maksud surah ini?. Kadang-kadang kita hafal macam-macam
surah, tapi satu pun kita tak faham. Bila kita tak faham, maka susahlah kita
untuk menghargai dan mengambil ikhtibar dari surah-surah tersebut. Al-quran itu
ibarat surah cinta daripada Allah. Kalau kita tak faham, macammana kita nak
tahu bertapa dalamnya cinta Allah pada kita dan bagaimana kita menanam rasa
cinta pada pemilik cinta teragung itu?. Di sini, saya ingin berkongsi tafsiran
surah Al-Fatihah dan sedikit kelebihan mengenali Al-Fatihah jika kita
mengamalkan surah tersebut dalam kehidupan kita seharian.
SURAH AL-FATIHAH
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang(1)
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam(2).
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang(3).
Yang menguasai di Hari Pembalasan(4)
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada
Engkaulah kami meminta pertolongan(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)
(Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat
kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka
yang sesat (7)
FADHILAT DAN
KHASIAT AL-FATIHAH
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam
keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan
pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta
hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa
yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3
kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan
siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca
surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan
sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada
Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
Barangsiapa membaca Fatihah berserta
Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia
inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia
punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta
kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah
Al-Fatihah.
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah
sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t.
luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan
keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan,
dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur,
berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan
kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah
sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia
ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon
kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan
bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya
dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah
diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu
rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai
bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku
mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau
bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau
mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat
tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas
setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan
rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari
Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang
punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali
sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan
hajatnya kepada Allah s.w.t."
Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit
mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41
kali.
Ikhtiar mengubati penyakit : Baca
SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu
diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan
seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan
huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada
sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa:
Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu
dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan
hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan
kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu
dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang
yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk
dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah
dan berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada
keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin)
dan tetap disisi-Mu".
Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai
membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada
orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur
(al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
Adapun faedah dan khasiat dari Surah
Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad
s.a.w."
"Barangsiapa
yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah
dilakukan:
Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak
kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua,
juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak
kelihatan bulan itu.
Apabila telah kelihatan, hendaklah ia
menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7
kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat
tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi"
sebanyak 5 kali.
Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak
1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah,
Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang
menyihatkan".
No comments:
Post a Comment