Wednesday 22 August 2012

Meraihkan fitrah


Ustaz Mohd Kazim Elias
Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.

Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.

Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.


Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.

Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu

Selepas Dua Bulan

assalamualaikum.

Wah! ini salam pertama ku selepas 2 bulan mendiamkan diri. bukan mendiamkan diri sebenarnya. Tapi lebih layak disebut menyibukkan diri. 
dua bulan kebelakangan ni, aku agak sibuk. banyak benda yang harus di bereskan. beginilah nasib bila kita belajar sambil bekerja. kadang-kadang tu nak nangis juga sebab letih sangat. Tapi malu pula dengan anak sedara. Dia yang kecil pun tak reti nak penat. Asyik berdesup lari sana-sini.

Penat sedikit hilang bila sampai-sampai rumah mak je, anak saudara yang paling sulung datang menyapa.

"Pak lang... Pak Lang... nak gula-gula!"

sejak dua menjak ni, aku dah jadi pengedar gula-gula dan coklat tanpa lesen. Mereka penghibur hatiku.
Kadang-kadang terbit juga soalan-soalan rasmi dari saudara mara. "Bila nak ada anak sendiri?". Dalam umur yang telah menjangkau hampir 24 tahun, aku rasa aku dah sesuai nak bernikah. tapi sesuai je lah. Rasanya masih muda lagi untuk mengatakan.. "Tak pe, saya muda lagi".

Orang kata kahwin muda ni seronok.

"Ye seronok!"

tapi seronok bila kita dah cukup kuat untuk tanggung tanggungjawab. Tanggungjawab kahwin ni bukan setakat ambil anak orang dan kemudian jaga sampai ke tua. Bukan macam tu. Kahwin ni besar tanggungjawabnya. jadi, jika masih belum tahap wajib nak kahwin lagi, carilah peluang untuk kuatkan dan kukuhkan benteng yang mampu menanggung tanggungjawab akan datang.


aku dah takde idea hari ni. sebenarnya banyak benda nak kongsi. tapi kejap-kejap lagi la aku taip. sebab mak aku dah panggil tu. suruh hantar dia ke rumah makcik.. see you!