Thursday 31 May 2012

Tips Nak Jadi Cantik


Semua orang nak cantik, kacak, bergaya dan yang sama maksudnya dengan nya. Sebab dah memang lumrah manusia nak minta perhatian. Kadang-kadang tu ada yang duduk berjam-jam depan cermin semata-mata nak nampak cantik. Sebelum nak nampak cantik tu, cubalah bagi pujian sikit kat diri sendiri supaya semangat kita untuk ampak cantik tu jadi tinggi sikit. Puji diri tu tidaklah menjadi masalah selagi tidak menimbulkan riak. Malahan memuji diri sendiri tu menunjukkan kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Cuma puji diri tu, puji sorang-sorang sudahlah kan. Tak payah lah pergi kedai mamak, kumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan semata-mata nak kata mata kita ni menawan atau bla.. bla... bla.. lama-lama kawan pun blah sebab malas nak dengar.
Cuma kalau depan cermin tu cubalah bersyukur sikit kan. Ce kate.... “Subhanallah... cantiknya mata, hidung, mulut dan wajah yang Allah beri padaku!.”.. lepas tu, doa lah semoga akhlak kita juga secantik kurniaan Allah ni.
Pada satu sudut pula, ada juga yang bila tengok cermin tu, dia kate. “ kenapa lah mata aku ni tak cantik macam pada si Polan!”. Kalau tengok hidung pula...  “ish! Kenapalah hidung aku ni tak mancung macam Sharuk Khan!”. Ni lah spesis orang yang tak tahu bersyukur.  Padahal apa yang Allah bagi tu dah cukup indah dah. Cuba tengok sikit kat luar sana, ada yang lahir takda hidung, hidung yang macam bukan hidung (ce bayangkan) atau ada hidung tapi tak berfungsi la pula. Aaaahhh... bersyukur lah sikit.
JADI, oleh sebab semua nak cantik dan kacak kan (macam aku), ini ada tips sikit kalau nak cantik cara orang islam.

v  Rajin-rajin mandi. Sekurang-kurangnya  2 kali sehari. Sebab islam ni suka pada kebersihan.
v  Lepas mandi, pakailah baju yang bersih, tak baru pun tak pa. Asalkan bersih.  Nanti orang nak dekat pun takdalah cium bau masam kan.
v  Cara nak pilih baju pun, biarlah ikut saiz anda dan cukup kainnya. Jangan lah pakai baju adik korang.. sedar diri sikit. Aurat ni untuk di tutup dan di lindungi. Bukan untuk di baluti!.
v  Kalau keluar rumah tu, jangan lupa sikat rambut dengan kopiah (bagi lelaki) dan tudung (bagi perempuan).
v  Bedak-bedak kan pipi tu sikit dengan rasa malu, agar kita sentiasa jaga kelakuan kita.
v  Kalau rajin, gincu-gincukan sikit bibir tu dengan doa dan zikir.
v  Jangan lupa pakai kasut/sepatu yang betul. Kalau salah pakai, nanti kaki merayap ke tempat lain.
v  Yang paling penting, betul kan mekap anda 5 kali sehari dengan air wuduk, supaya habuk-habuk kotor yang melekat pada diri kita dapat di bersihkan.

Aahhhh dah cantik kan... sebagai tanda bayaran kecantikkan kita pada “Salon Allah”, bayar lah dengan 5 kali solat. Bukan mahal pun. Kalau nak extra cantik, bayar lebih sikit ye. Sekian.



nak tips lebih sikit.. pergi ke TIPS KECANTIKAN

Saturday 12 May 2012

kene remove



  • Dia : sy dah...takut la..



    Aku : dah Ape?


    Dia : dah.. remove awak..kat fb lagi satu..maaf xbiase la..maaf lagi sekali

    Aku : sy marah ni, series marah, sy tido dulu, asslamualaikum


(......terus nak tidur kan.. tacing la konon nye tu)

pengalaman hidup pada hari ini adalah kene remove dari friends list FB sorang hamba Allah ni. ah!!!.. siapa yang berani remove lelaki sekacak aku?? ( perasan). chop!. ciptaan Allah kan semua indah, cantik dan kacak. perasaan pada ketika ini ibarat seorang kanak-kanak yang baru masuk tadika tapi takda sorang pun nak kawan ngan dia. uwaaaaahhh. why....??? why u remove me... why....????!!!... sambil lap air mata (tipu je) dan hingus yang meleleh, aku pun tidur dengan hati yang hampa. bajet touching tahap gaban. sobs3.. kena tidur awal sebab besok nak gerak gi KL. ada kursus  2 minggu. jadi 2 minggu la aku merawat hati yag lara.
ye ye je tidur. tapi sebenarnya layan citer 7Petala Cinta.

diolog yang menggelikan:

lelaki : Assalamualaikum Cinta

perempuan : Waalaikumsalam Rindu


tengah2 meremang tu, telefon bimbit tetiba nyanyi lagu "kurnia Tuhan".. okey.. kat skrin keluar nama jejaka yang tampan (tampan lagi aku). aku bagi salam, dia jawab salam dan bla... bla... bla... aku senyum je lah. adoyai. kantoi sudah merajuk. merajuk ker?? emmm..

off jap cerita Cinta dan Rindu tu. buka FB jap.. emmm.. gaya macam memujuk je orang yang remove aku tu. aku pulak saje je ngade2 marah. tak elok betul aku ni kan.

salah aku jugak. yang gi stalker anak dara orang tu pasal apa. dah kene remove marah lak. sengal nye aku ni. huhu..

kepada si dia anak pak dolah (memandai je):

saya tak marah pun awak remove saya tu. saya saje je buat-buat marah. konon merajuk. ngade kan?.. awak jangan lah risau ok. terima kasih kerana remove saya, maka, terjaga la pandangan saya. biasa la manusia, kadang-kadang kalau dah seronok sangat di lamun "mengade-ngade", sampai tak sedar dah lari ikut jalan salah. nasib baik sempat U-Turn kan. terima kasih sebab simpan blok depan jalan yang salah tu. kalau tak, entah dah sampai mana saya sesatkan. :)


Sebelum gerak. nak bagi pesanan:

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:"Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali 
kebaikan".(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)"Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh 
akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua 
nilai keutamaan dalam dirinya".Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa 
yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-
pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih 
dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut 
undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui".ALLAH 
berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; 
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang 
dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan 
pengurniaan yang mulia"ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:"Sesungguhnya
 orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang 
perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan 
orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang 
merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-
orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang 
berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara 
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang 
menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".jaga diri baik2
 ye nurul. jaga iman. jaga batasan pergaulan. jaga lisan dan pendengran. jaga solat dan aurat. jd anak yg
solehah 






Thursday 10 May 2012

wanita

Rasulullah SAW bersabda; "Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" - Hadis Riwayat Muslim

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari

Selaku lelaki normal, pastinya kamu akan tertarik terhadap wanita. Tipulah kalau kamu tidak berpaling walaupun sekali kalau ada wanita yang lalu di hadapan kamu.  Tambah-tambah lagi yang lalu tu cantik, ayu, seksi, dan yang sama taraf dengannya. Betul tak?. Lelaki yang hipokrit je yang akan kata, “ish! Takdelah... bukan semua macam tu!”. Yelah, bukan semua macam tu. Sebab pada masa sekarang, ada lelaki yang tak normal. Mereka lebih sukakan kaum sejenis (homoseksual). Ingat! Nabi tak ngaku umat pada golongan-golongan macam tu.

Wanita merupakan salah satu kelemahan yang utama bagi seorang lelaki selain harta dan pangkat.  Walaupun sememangnya normal bagi seorang lelaki mempunyai naluri yang kuat terhadap wanita, namun, bagi mereka yang berpegang kuat pada agama Allah, pastinya kita tahu tentang perintah Allah untuk menjaga pandangan kita. Ketika zaman sekolah dulu, ade seorang kawan ni bertanya kepada ustaz yang mengajar kami pada masa itu:

Kawan : Ustaz, apa yang patut kita buat kalau kita ternampak

             perempuan seksi lalu depan kita?


Ustaz :  Palingkan pandangan. firman Allah swt ertinya “ Katakanlah

            oleh mu ya Muhammad bagi orang-orang mukmin itu biar

            mereka itu pejamkan pandangan mereka itu “. Nabi

            muhammad pun ada pesan, cukupkan dengan satu pandangan

            sahaja. Maknanya kalau kita terpandang sekali tu tidak haram

            atau berdosa. Sebab tak sengaja. Tapi kalau pandang  kali

            kedua tu yang berdosa.

Kawan: Maknanya kalau dah terpandang sekali, tengok terus je, tak

            berpaling dua kali, maknanya tak berdosa lah kan?.

Ustaz :  Pandailah kamu!, bagaimana kalau tiba-tiba Allah buat leher

            kamu tak gerak langsung?. Tengok je terus perempuan tadi

            sampai dah tak boleh tengok benda lain. Okey tak?.

Seisi kelas ketawa dengan jawapan ustaz. Kawan tadi pun turut ketawa. Semua pun tahu kawan tersebut sedang bergurau. Maklum sajalah, pelajaran agama dalam waktu tengah hari memanglah agak mengantukkan. Sekurang-kurangnya, gurau tadi berbekas dihati kami tentang pentingnya menjaga pandangan.  Allah juga telah mengingatkan kita tentang menjaga pandangan dalam surah An-Nuur ayat 30 dan 31. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”. (an-Nuur: 30)

katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”. (an- Nuur: 31)

Firman Allah tersebut jelas bahawa Dia telah memberi peringkatan kepada lelaki dahulu sebelum memberi peringatan kepada perempuan.

Sememangnya kita sebagai manusia, tidak ada yang sempurna. Namun, kerana ketidakkesempurnaan itu, tidak boleh menjadi sebab untuk kita mengikut hawa nafsu dalam menerusi kehidupan kita. Allah telah memberikan kita Al-quran dan As-sunnah nabi kita Muhammad sebagai penuntun jalan kehidupan kita.

Ketika pada zaman Nabi Musa A.S, Syaitan telah mengatakan bahawa terdapat tiga jalan yang di gunakan oleh syaitan untuk merasuk dan memperdayakan manusia iaitu ketika solat, ketika marah dan melalui wanita. Fokus topik pada hari ini adalah wanita. Jadi, saya lebih mengutamakan untuk membincangkan bagaimana wanita mampu menjadi senjata utama syaitan.

Saya teringat pada kata-kata seorang sahabat kepada saya.

“Perempuan boleh masuk syurga tanpa lelaki, tetapi lelaki tidak boleh masuk syurga tanpa wanita”.

“What the fish!!!”.. penerangan sahabat tadi tentang apa yang dia katakan tadi lebih kurang macam ni :

“bukanlah kita kena masuk syurga diiringi perempuan. Janganlah salah faham. Cuma kenapa lelaki tak boleh masuk syurga tanpa perempuan sebab lelaki ni lahir-lahir lagi dah memang ada tanggungjwab terhadap perempuan. Berbeza dengan perempuan, masa dia bujang, tanggungjawab dia hanya kepada ayahnya.  Kemudian bila dia dah berkahwin, tanggungjawabnya hanya kepada suaminya. Kalau lelaki, lahir-lahir lagi, dia dah ada tanggungjawab terhadap ibunya dan saudara-saudara perempuannya. Itu belum termasuk tanggungjawab terhadap ayah lagi. Ni kita fokus pada sebelah perempuan je.  Lepas tu bila dia dah kahwin, dia dah tambah satu lagi tanggungjawab, iaitu ke atas isterinya. Setahun kemudian dapat pula anak perempuan. Dah tambah satu lagi tanggungjawab. Dalam keadaan tanggungjawab yang bertambah, tanggungjawab lain belum lagi lepas-lepas. Selama mana saudara perempuannya belum berkahwin, selama itu saudara-saudara perempuannya dibawah tanggungjawabnya. Lelaki boleh jadi  4 watak dalam satu-satu masa iaitu sebagai anak lelaki, saudara lelaki, suami dan ayah. Jadi, kau tahu tak, 4 watak ni lah yang senang-senang di tarik oleh perempuan yang dibawah tanggungjawabnya untuk masuk ke neraka?. Kalau kita ni seorang anak, kita lihat ibu kita keluar tanpa memakai tudung, kita lihat ibu kita tidak sembahyang atau kita lihat ibu kita melakukan sesuatu yang di larang Allah, kemudian kita tidak menasihati ibu kita hanya kerana takut dia berkecil hati. Maka dengan besar hati kita juga turut menanggung dosa yang dilakukan oleh ibu kita. jadi, terseretla anak tadi ke neraka bersama ibu tadi. Kalau kita sebagai saudara lelaki, jika ayah kita telah tiada, secara automatiknya tanpa permohonan kenaikan pangkat, maka kita akan menyandang jawatan wali mereka. Seronokkah kita dengan jawatan tersebut?. Sungguh-sungguh seronok. Sebab semuanya sharing is caring, caring is sexy. Kita membiarkan saudara-saudara perempuan kita berkeliaran. Hidup dengan haluan sendiri sehingga mengabaikan agama. Aurat dan solat sudah tidak lagi terjaga. Kita membiarkan lelaki lain menjamah tubuh yang selayaknya kita lindungi. Maka, tergolonglah mereka dalam ahli neraka. Apa korang ingat, dia sorang je pergi ke neraka? Nama pun sharing is caring, oleh kerana atas tanggungjawab kita untuk caring kepada mereka, maka bersama-samalah kita terheret ke dalam neraka. Itu dah cerita dua watak. Lagi dua watak tak sentuh lagi. Watak sebagai suami dan ayah. Kisah nya sama seperti dua watak yang diceritakan tadi. Suami pastinya bertanggungjawab terhadap isteri dan ayah bertanggungjawab terhadap anaknya. Isteri dan anak-anak sedap-sedap buat apa yang dia suka. Suami dan ayah penat yang penat-penat cari nafkah turut sama menanggung dosa. Ingat! dayus la bagi seorang lelaki kalau membiarkan isteri dan anak perempuannya berhias berlebihan, memakai yang ketat-ketat atau tidak menutup aurat, mahupun memakai bau-bauan yang kuat sehingga mampu dinikmati oleh lelaki ajnabi mereka. Bagaimana seorang lelaki yang berakal sanggup membiarkan mata-mata nakal lelaki lain menjamah tubuh isteri dan anaknya yang sepatutnya dia lindungi?. Bagi seorang lelaki, fikir-fikirkanlah. Bagi seorang permpuan, sebelum kamu melangkah dari pintu rumah, ingatlah, apa yang akan kamu berikan kepada saudara lelaki, anak lelaki, ayah dan suamimu?. Kasihanilah mereka yang penat berkerja semata-semata untuk memenuhi zahir dan batinmu!”.

Panjang penerangan sahabat tadi. Aku sampai terngangah sebentar. Sesekali aku terfikirkan perempuan-perempuan di bawah tanggungjawab ku. Alhamdulillah, kakak dan adik perempuan ku telah berkahwin dan telah selamat di bawah jagaan suami mereka yang InsyaAllah soleh. Ibuku? Alhamdulillah, ibu juga seorang yang mementingkan agama. Auratnya terpelihara. Begitu juga solatnya. Ibu ku juga tidak masuk campur dalam urusan umpat mengumpat “team JOYAH kampung pisang” (bukan nama team sebenar). Isteri dan anak-anak??.. aku bujang lagi. Belum ada isteri, inikan pula anak. Setakat ni aku ada anak saudara, anak mata dan anak tekak je. Kalau aku dan kahwin nanti, aku akan berusaha menjadi suami dan ayah yang soleh dan imam kepada mereka. InsyaAllah. “Permudahkan urusan ku  ya Allah!”. Amin

Okey, tidak puas membebel pasal wanita, kita teruskan ‘mengata’ wanita-wanita ni. Nama pun wanita ni senjata syaitan, jadi kita sebagai lelaki haruslah menguatkan benteng kita. agar tidak tertewas dalam lembah nafsu dunia (wanita). Terdapat lima kekuatan utama wanita yang telah menjadi sebab utama syaitan memilih mereka sebagai senjata. Iaitu,  air mata wanita, senyuman,  cara bercakap, berhias dan kebijaksanaan wanita. Ah! Yang lelaki tu, kau ada kelima-lima tu?. Ada... tapi sekuat wanita kah?. Kita tengok air mata, kalau lelaki nangis, buruk sangat. Paling-paling pun kene cop sebagai ‘pondan’. Tak pasal-pasal dapat pondan. Senyuman lelaki memang manis dan menggoda, tapi tidaklah sampai menggetarkan jiwa. Kalau senyum lebih-lebih, dapat pula gelaran ‘senget’sebijik. Cara bercakap seorang lelaki juga perlu terkawal atau kadang-kadang ada juga luar kawalan. tapi semestinya tidaklah menggoda. Kalau bercakap alah-alang menggoda, tu dah masuk kategori “auw auuw”. Bab berhias memng lelaki kalah tanpa bertanding. Lelaki ni, kadang-kadang rambut pun lupa nak sikat. Ini kah pula nak tepek bedak. “Tak kuase mak... nok!” kebijaksanaan.. lelaki memang di anugerahkan 9 akal 1 nafsu. Sebab tu lelaki yang pegang talak sebab lelaki lebih berfikiran rasional apabila berlaku masalah. Tapi, memang menjadi lumrah lah, biasanya yang satu tu la Tuhan. Nafsu lelaki yang satu tu lah yang selalu kawal lelaki sampai buta hati. masyaAllah.. yang ini cerita pasal lelaki. Balik semula pada wanita.. suke sangat hati teman nak citer bab orang perempuan ni.

LIMA KELEBIHAN WANITA

1.       Air Mata Wanita

Sedar atau tidak, yang kerap menangis antara lelaki dengan wanita adalah wanita. Tangisan wanita selalunya akan meresap ke hati seorang lelaki. Bayangkan kalau wanita di depan kita menangis meminta sambil meminta sesuatu daripada kita (kaum lelaki), apa yang kita rasa?. Walaupun kadang-kadang benda tu kita tak nak bagi, sebab rintihan daripada wanita tersebut, kita akan berusaha untuk penuhi juga permintaannya. Seorang lelaki yang menyayangi seorang wanita akan merendahkan egonya sekiranya melihar wanita yang di sayanginya menangis.

Ada kata-kata pujangga yang menarik perhatian ku tentang tangisan seorang wanita. Kata-kata tersebut lebih kurang macam ni :

“Jangan biarkan seorang wanita yang kau sayangi menangis, kerana mungkin ada insan lain yang berusaha membuatkannya ketawa”.

apa komen anda?. Sejujurnya la aku sikit pun tak terasa goyah dengan ayat tersebut. Kata-kata tersebut macam dah menyokong syaitan tanpa kita sedari. Seolah-olah tangisan wanita ini benar-benar melemahkan lelaki sehingga kita takut mereka di rampas oleh orang lain. Kalau yang nangis tu isteri aku, nangis pula sebab aku tak terlupa belikan dia roti canai, lepas tu mamak jiran sebelah rampas dia dengan menggunakan kemahiran nya membuat roti canai, memang aku sepak dua-dua. Perempuan (isteri) yang baik akan bersama dengan suaminya dalam susah dan senang.  Tapi kalau dah hari-hari menangis sebab suami, baiklah minta dipisahkan. Dah terlampau sangat dah lelaki macam tu.

2.       Senyuman

Yang ni memang aku sendiri akuinya. Lelaki memang boleh angau dengan senyuman perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan tu adalah perempuan yang di sayangi. Tak payah senyuman betul-betul lah, senyum dalam sms pun, yang macam ni :) mampu buat diri rasa di sayangi. Ini kan pula senyuman secara langsung. Mahunya tak tidur malam. Alih-alih tinggal subuh sebab tak cukup tidur (yeke?). macam pengalaman je. Kalau tengah marah pun, dapat senyuman sekuntum, sejuk rasa hati. Hilang marah tu. Tapi kalau dapat senyuman ikhlas lah. Kalau dapat senyuman sinis menyindir, mestilah rasa macam nak korek biji mata dia je kan. Tengok, dengan senyuman jugak boleh menyebabkan tahap kewarasan menurun. Kalau dah sampai niat nak korek biji mata tu, ah, tak waras lah tu. Bahaya nya senyuman wanita ni.

Kalau dia pujuk sambil senyum menggoda minta beli barang mahal-mahal pun, kita mesti akan berat hati kata tidak. Betul tak? Nanti kalau tak bagi, baik-baik dari senyuman menggoda, jadi lah pulak muncung itik.

3.       Cara Bercakap

Bagi seorang lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu. Sedangkan perempuan lebih gemar bermain dengan kata-kata. Kata-kata yang romantis, mampu mencairkan hati seorang perempuan. Berbeza dengan lelaki, lelaki tidak perlukan kata-kata romantis. Namun, hanya dengan cara perempuan tu berkata-kata sudah cukup membuatkan hati lelaki cair. Apa yang dimaksudkan dengan cara berkata-kata?. Macam ni, biar pun seorang perempuan tu kata “you ni miang la”, kalau di sertakan dengan suara yang manja, miang pun kita dengan baik. Padahal, tu ayat menghina kot. Bukan pujian. Miang pun miang lah. Janji suara dia manja. Alunan suara yang lunak dan manja, lebih-lebih lagi waktu tengah-tengah malam, memang la cukup kuat untuk menjadi peluru atom syaitan bagi meruntukan tembok iman seorang lelaki.  Kalau tembok iman tu tinggi macam KLCC tak pe lah jugak. Boleh lagi bertahan. Mungkin!. Tapi kalau setakat tinggi macamr reban ayam jiran sebelah (sila lihat reban ayam jiran anda), sekali hembus saja terus roboh. Jadi, selaku mujahid islam, kuatkan la imam anda seteguh teguhnya!!!

4.       Berhias

Islam mengharuskan kaum perempuan berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam mengharuskan perempuan berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan syara‘ seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki. Pada masa kini perempuan yang berhias rapi di jadikan modal untuk meraih keuntungan. Dalam perniagaan pun, ramai bos-bos menggunakan perempuan-perempuan cantik sebagai umpan untuk mendapatkan pelanggan dan peluang perniagaan. Tengok saja cerita dalam drama swasta. Semua tu satu kenyataan kehidupan yang sebenar.

Wanita yang berhias cantik, dengan lipstik yang terang pada bibir, dengan bau-bauan yang mengasyikkan, mampu menaikkan gelora nafsu seorang lelaki. Bila nafsu sudah menguasai diri, maka, akal pun terpinggir. Semasa itu lah imam goyah dan syaitan menjalankan rancangannya dengan cukup telitih.

5.       Kebijaksanaan Wanita

Semua pun tahu, wanita di lahirkan dengan 9 nafsu, satu akal. Tapi yang macam aku katakan tadi lah, yang satu tu lah selalu jadi Tuhan. Rasullulah pernah bersabda:"Lelaki ada 9 bahagian akal dan 1 bahagian nafsu dan perempuan ada 9 bahagian nafsu & 1 bahagian akal". Nampak macam perkara ni merendah-rendahkan wanita bukan?. Salah!. Sebenarnya, kata-kata Nabi ini telah menaikkan martabat kaum hawa. Pernah dengar cerita mengenai Rabiyatul Al-Adawiyyah?

Ceritanya lebih kurang macam ni :

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabiah Al Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha’.

Wanita memang bijak, bukan nafsu yang mengusai mereka sebaliknya akal mereka mengusai nafsu mereka. Kerana kebijaksaan itu juga, mereka mampu menguasai nafsu lelaki. Ingat! Kemampuan ini yang digunakan oleh syaitan sebagai senjata yang kuat.

Wednesday 9 May 2012

kisah seorang Hamba Allah


Petang tu, baru lima minit punggung sentuh kerusi, telefon bimbit yang tengah lepak-lepak kat meja tiba-tba memekak. Malas nya nak bangun untuk ambil telefon tu. Padahal jarak meja dengan kerusi Cuma 20 langkah kucing. Kalau langkah aku, dalam 5 langkah je kot. Tengok kat skrin, senyuman terukir. Entah apa mimpi mamat ni telefon.
“assalamualaikum budak sabah”. Sambil senyum-senyum. Dari seberang telefon, sahabat tadi menerangkan panjang lebar tentang perihal seorang “hamba Allah”. Aku Cuma angguk-angguk seolah-olah aku sedang bercakap di hadapan sahabat tersebut. Sesekali aku hanya mampu beristighfar. Akhir sekali sahabat itu berkata, “mungkin tudungnya hanyut di dalam sungai”. Aku ketawa mendengar gurauan sahabat tersebut. Namun timbul rasa sedih dan gusar dalam hati tentang apa yang di ceritakan tadi. Walaupun aku tidak mengenali gadis itu, namun dia tetap saudara seislam kami. Saudara kita. lagi pula, dia pernah menjadi “teman istimewa” sahabat baik kami. Mana mungkin aku akan berkata, “Ah! Biar lah kat dia. Bukan urusan kita!”. selagi mana ia melibatkan agama dan saudara kita, maka itu akan menjadi urusan kita. namun, bagaimanakah cara kita untuk membantu “hamba Allah” tersebut?.
Aku hanya berpesan kepada sahabat yang menelefon tadi, cari orang yang rapat dengan dia, minta orang itu nasihatkan dia. Kalau tak berhasil juga, itu terpulang pada dia. Tanggungjawab kita untuk menegur kesalahan tersebut sudah selesai.  “assalamualaikum”. Salam bersambut dari seberang talian. Kemudian, talian dimatikan.
Aku kembali bersandar pada kerusi. Sedikit keluahan aku lepaskan. Dunia ini sudah semakin tua. Kiamat makin dekat. Teringat kata Rasulullah, salah satu tanda kiamat kecil kiamat adalah wanita-wanita mengabaikan auratnya. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
 Dan kerana aurat sudah tidak terpelihara, maka meningkatlah zina. Zina yang berleluasa itu juga sebahagian dari tanda-tanda kiamat.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Kedengaran dari jauh sayup-sayup suara azan. Lantas aku tersedar, kemudian segera mempersiapkan diri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Usai semua tanggungjawab dan makan malam, seperti biasa, jika tidak ada kerja yang perlu diselesaikan, maka aku akan meluangkan masa untuk diri sendiri. Pada malam hari, aku gemar baca buku sambil dengar lagu. Memberikan makanan minda supaya minda kita tidak tidur. Kalau minda kita banyak sangat tidur, cepatlah nyanyuk (yeke?). sesekali aku melawat sahabat-sahabat di alam maya. Masuk ke Chatroom atau ke laman Facebook. Orang kata, Facebook ni ciptaan bangsa Israel. Menggunakannya ibarat bersekongkol dengan bangsa laknatullah tersebut. Bagi aku, semua ini teknologi dan ilmu. Bukankah islam menggalakkan kita menggunakan ilmu dengan sebaiknya. Kalau kita menggunakan laman facebook dengan sebaiknya, insyaAllah, baik lah jadinya. Kalau pun laman Facebook itu dicipta oleh orang islam, namun kalau hanya digunakan untuk menyebarkan fitnah, maka tetap haram hukumnya.
Manusia memang ada macam-macam ragam. Masing-masing nak betul. Mana ada orang yang nak mengaku salah kan?.
Masa seronok-seronok layan lagu kat youtube, tiba-tiba ter’TEKAN’ lagu ni. Suara memang alah-alah jiwang. Muzik ciplak orang lain punya. Tapi kita lupakan hal tu, kita dengar mesej yang cuba disampaikan. Senyum-senyum dengar lagu tu. Sesuai bagi kat “hamba Allah” yang sahabat tadi ceritakan. Dakwah itu ada pelbagai cara, melalui lagu di bawah ini pun sudah cukup memberi impak yang mungkin kecil di hati pendengar tapi besar pada hati umat islam. Layan lagu ni kejab.








Sama-samalah kita menginsafi diri dan membantu saudara kita. kita memang tidak sempurna, dan kerana ketidak sempurnaan itu, kita perlu saling ingat mengingati. Kubur memang lain-lain, tapi yang korek kubur kita siapa? Adakah diri kita sendiri yang urus jenazah kita?. jangan persoalkan pasal letaknya kubur sendiri, persoalkan dahulu, bila kita dah jadi jenazah nanti, siapa yang mandikan kita? siapa yang pergi kedai belikan kain kafan dengan sabun mandi jenazah? siapa yang kafankan kita? siapa yang sembahyangkan kita? siapa yang korek kubur kita? siapa yang angkat jenazah kita dari rumah ke kubur? Siapa yang letak kita dalam liang lahad? Siapa yang timbus jenazah kita? siapa yang talkinkan kita? siapa yang baca doa untuk kita? siapa yang buat tahlil untuk kita? jawablah.... kalau kau kata, yang buat tu semua diri kau sendiri, baru kau layak kata, “buat apa kau nak sibuk hal aku, kubur kita lain-lain”.
Jadi, layakkah kita berkata begitu kepada orang yang menasihati kita?. mungkin, orang yang menasihati kita itu, salah seorang yang menguruskan jenazah kita. kalau setakat kau harapkan mak ayah kau yang dah uzur tu atau adik beradik kau yang entah dapat balik ke tak masa kau mati untuk uruskan jenzah kau, memang jadi bangkai lah jenazah kau tu. Subhanallah, Allahu akbar!.

Monday 7 May 2012

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. 

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. 

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. 

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, 

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)






sumber : PEN PATAH

Sunday 6 May 2012

marah ni!


Aku tengah marah ni!!!!

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Memang pada waktu aku taip entri ni aku marah sangat. Kisahnye mudah je. Aku balik-balik rumah dalam keadaan yang letih dan bahang matahari yang panas, aku lihat baju-baju aku berselerak. Ni mesti sebab kawan aku cari sesuatu tapi tak jumpa. Dia memang suka pinjam barang tapi tak reti kemas barang orang. Okey!. Aku marah ni!.
Lepas tu, aku jumpa novel aku, tengok macam kemas. Tapi bila tengok dalam ada helaian yang tercabut. Aku tak tahu lah orang yang ambik novel aku tu baca novel atau gigit novel. Memang menjadi pantang aku sejak aku kenal apa itu buku apabila buku aku koyak, calar atau kene lipat. Biar sikit pun. Conteng pun jangan kecuali diri aku sendiri yang conteng. Pernah dulu masa zaman sekolah, kalau aku koyak buku aku. free-free buku tu melayang kat dia. dapat penumbuk sebijik pulak tu. Memang seminggu la dia tak tegur aku. sekarang ni pula aku jumpa novel aku macam tu. Marahnya aku. okey!. Aku betul-betul marah ni.
Malamnya pula, kawan pinjam bag aku. tapi tak reti letak baik-baik barang-barang aku yang ada dalam beg tu. Alih-alih, buku bank aku entah dah ke mana. Memang aku geram sangat-sangat. Aku tumbuk dinding sekali. Merah juga tangan aku. tu namanya lepaskan marah pada tempat yang salah. Tapi...! okey! Aku marah gila-gila sekarang ni.
Aku teringat satu hadith ni..
Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Aku dah puas baring, duduk-duduk, baring lagi. Last-last tertidur. Tapi aku masih marah juga. Sebenarnya sejak bangun pagi tadi lagi mood aku tak berape nak okey. Sebab tu kot hari ni aku gagal kawal marah aku. namun, alhamdulillah, hari ni tak de yang jadi mangsa penumbuk aku.

Rasulullah pernah berkata: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Maka, dari itu aku cuba mengawal marah aku. aku ambik air sembahyang dan kemudian buat solat sunat. Lupakan hal dunia sebentar. Sekurang-kurang marah aku redah. Aku duduk sebentar di atas sejadah. Mungkin kerana terlalu marah, aku menangis sendiri. Air mata aku jatuh. Sesungguhnya aku tewas dengan penangan syaitan. Bila hati aku sudah tenang. Aku tengok sekeliling. Aku kemas sejadah. Aku ambil telefon. Kemudian pasang ‘asma Allah’ dari Sami yusuf. Aku kemas balik baju-baju aku dan cuba memaafkan orang yang selerakkan baju tu. Selepas tu, aku ambik buku novel aku. aku susun baik-baik dan cuba memaafkan orang yang buat novel aku macam tu. Setelah semuanya selesai. Aku cuba cari buku bank aku. memang aku tak jumpa lagi. Tapi tak pe lah, ada masa nanti aku buat buku bank baru. Semuanya dah settle. Alhamdulillah..

**Memang susah untuk memaafkan. Tapi memaafkan itu lagi indah dari simpan perasaan marah. Tapi aku masih sedih tengok novel aku macam tu.. uwaaaaaaaaaaahhhhh...

Baca ni.. masti akan lebit tenang.

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'minin shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina